Bajet 2023 akan dibentangkan Jumaat, 7 Oktober 2022 - paultan.org

  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 70 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 31%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Bajet 2023 akan dibentangkan Jumaat, 7 Oktober 2022

Keputusan untuk mempercepatkan pembentangan bajet itu awal tiga minggu daripada tarikh asal itu diambil pada penghujung Ogos lalu. Khabar angin mengatakan langkah itu bertujuan untuk memberi laluan kepada pembubaran parlimen dilakukan beberapa hari selepas bajet dibentangkan, sekaligus memberi laluan kepada pilihanraya umum .

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Ogos lalu bahawa keputusan untuk mempercepat pembentangan Bajet 2023 bukanlah asing, dan pernah dilakukan sebelum ini. “Ini normal. Ketika Pak Lah menjadi PM, bajet pernah dibentangkan pada September,” ujarnya. Julai lalu Tengku Zafruk memberi gambaran yang Bajet 2023 akan tertumpu kepada pengurusan subsidi yang lebih cekap dan pengukuhan daya tahan ekonomi negara berdepan cabaran pendatang. Dari aspek automotif, berita paling besar dalam bajet tahun lalu adalah pengecualian cukai dan duti bagi kereta elektrik .

Berkemungkinan dalam Bajet 2023 nanti akan ada perkembangan terbaru berkaitan hal ini, misalnya langkah untuk merancakkan lagi pertumbuhan prasarana pengecasan serta peraturan yang berkaitan dengannya. Bulan lalu, MITI memaklumkan pihaknya telah mencadangkan lebih banyak insentif EV untuk disertakan dalam bajet tahun ini.

Kami akan membuat liputan semua hal berkaitan automotif dan pengangkutan yang akan dibentangkan dalam Bajet 2023. Jangan lupa untuk bersama kami esok.Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 22. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Umno division chiefs gather for special meeting with PM, ZahidDivision leaders from the party’s Wanita, Youth and Puteri wings were also reportedly invited to the meeting. TheSun thesundaily news meetings GE15 PrimeMinister UMNO
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »

RM500,000 special grant for temple in Beaufort | Daily Express Online - Sabah's Leading News PortalChief Minister Datuk Seri Hajiji Noor has granted a special allocation of RM500,000 to Beaufort Chinese Temple (Guan Yin Temple) to repair the embankment at Padas River along the perimeter of the temple’s premises.    Chairman of the temple, Datuk Seri Chong Nyuk Yong, received the allocation from Special Officer (Sabah Tiong Hua Affairs) to the Chief Minister Lo Su Fui, in the presence of Lumadan Assemblyman Datuk Ruslan Muharam, here, recently
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »

Dakwaan dua ADUN NS sertai PBM hanya provokasi - AminuddinSEREMBAN: Dakwaan terdapat dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) disifatkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai satu tindakan provokasi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »