ATM, Bakasa agih sumbangan UAE - Utusan Digital

ATM, Bakasa agih sumbangan UAE

4/1/2022 2:45:00 PM

Pada 30 Disember lalu, Kerajaan UAE telah menyampaikan bantuan barangan keperluan asasi untuk diagihkan kepada lebih 700 anggota warga tentera yang terkesan banjir.

ATM, Bakasa agih sumbangan UAE

Markas ATM dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 320 kotak telah diagihkan kepada 75 keluarga anggota tentera dari ketiga-tiga perkhidmatan yang bertugas di sekitar Kuantan.Katanya, agihan sumbangan bagi fasa pertama telah dibuat menerusi majlis serahan bantuan yang diadakan di Dewan Indera, Desa Tentera Darat Sungai Panching, Kuantan, Pahang.

“Agihan kotak barangan berupa sumbangan Kerajaan UAE bagi fasa satu terdiri daripada telekung, Al-Quran, set sanitasi, barang kering dapur, beras dan minyak masak serta 2,000 kit solat yang disediakan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat).

Read more: Utusan Malaysia »

ATM bantu penghantaran minyak diesel ke menara telekomunikasi Telapak Buruk - Utusan DigitalATM bantu penghantaran minyak diesel ke menara telekomunikasi Telapak Buruk HarithIskander nampak tak

Kerajaan UAE bantu mangsa Banjir di Shah Alam - Utusan Digital'Antara barangan makanan kering yang diberikan adalah beras, minyak, tepung gandum, susu tepung, garam, gula, biskut dan sebagainya.' Nanti ada yg kata itu rasuah....... Politik KOTOQ memang mcm ni..... Sakit hati bila ada sapot dari luaq. Perangai hsd dengki pemimpin politik Mal. 🤔🤔🤔🤔🤔 Sepatutnya meka bersyukur ihsan dari luaq, pasti ada yg menyakat itu rasuah...... Tgoklah nanti, jika tak percaya....... Derma kata rasuah. 🤔🤔🤔🤔🤔

Nelayan, kakitangan LKIM terima sumbangan banjir sekali bayar - Utusan DigitalPengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, sumbangan sebanyak RM1,000 diberikan kepada nelayan manakala kakitangan LKIM menerima RM2,000 melalui bantuan kilat tabung bencana.

Ditipu sejuta, warga emas terima sumbangan 10 juta rupiah - Utusan DigitalRamai simpati pada pak cik ini sebab kena tipu urusan jual beli kambing

ATM bantu penghantaran minyak diesel ke menara telekomunikasi Telapak Buruk - Utusan DigitalATM bantu penghantaran minyak diesel ke menara telekomunikasi Telapak Buruk HarithIskander nampak tak

Kerajaan UAE bantu mangsa Banjir di Shah Alam - Utusan Digital'Antara barangan makanan kering yang diberikan adalah beras, minyak, tepung gandum, susu tepung, garam, gula, biskut dan sebagainya.' Nanti ada yg kata itu rasuah....... Politik KOTOQ memang mcm ni..... Sakit hati bila ada sapot dari luaq. Perangai hsd dengki pemimpin politik Mal. 🤔🤔🤔🤔🤔 Sepatutnya meka bersyukur ihsan dari luaq, pasti ada yg menyakat itu rasuah...... Tgoklah nanti, jika tak percaya....... Derma kata rasuah. 🤔🤔🤔🤔🤔

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Badan Amal Kasih Sayang Malaysia (Bakasa) menyampaikan sumbangan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada anggota yang terjejas akibat banjir. Markas ATM dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 320 kotak telah diagihkan kepada 75 keluarga anggota tentera dari ketiga-tiga perkhidmatan yang bertugas di sekitar Kuantan. Katanya, agihan sumbangan bagi fasa pertama telah dibuat menerusi majlis serahan bantuan yang diadakan di Dewan Indera, Desa Tentera Darat Sungai Panching, Kuantan, Pahang. “Agihan kotak barangan berupa sumbangan Kerajaan UAE bagi fasa satu terdiri daripada telekung, Al-Quran, set sanitasi, barang kering dapur, beras dan minyak masak serta 2,000 kit solat yang disediakan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat). “Selain itu, wang tunai dan alat cucian sumbangan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) turut diberikan. Sumbangan yang sama juga diserahkan kepada 13 warga tentera di sekitar Shah Alam, Klang dan Hulu Langat pada 1 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Pada 30 Disember lalu, Kerajaan UAE telah menyampaikan bantuan barangan keperluan asasi untuk diagihkan kepada lebih 700 anggota warga tentera yang terkesan banjir. Dalam pada itu, Penasihat Bakasa Tengku Datuk Seri Uzir bin Tengku Ubaidillah turut menyampaikan 500 kotak barangan sumbangan badan amal dan Kerajaan UAE serta Bakat ATM untuk disalurkan kepada masyarakat awam yang terjejas banjir. “Sumbangan diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Nor Asmaliza Ku Lah,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE