Astaf sokong STL bukan kerana PSM - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 37 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

“Kami tidak akan menerima sesebuah persatuan sukan yang barisan kepimpinannya kerap membawa masalah, namun hak dan pembabitan mereka demi kemajuan sukan sepak takraw tidak akan sesekali dinafikan.'

PETALING JAYA: Persatuan Sepak Takraw Asia menegaskan sokongan yang diberikan terhadap kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022 tiada kaitan terhadap Persatuan Sepak Takraw Malaysia yang bukan lagi ahli gabungan badan induk asia itu setelah disingkir pada Mei 2021.

“Kami tidak akan menerima sesebuah persatuan sukan yang barisan kepimpinannya kerap membawa masalah, namun hak dan pembabitan mereka demi kemajuan sukan sepak takraw tidak akan sesekali dinafikan. “Persatuan sukan kebangsaan juga mesti meletakkan asas pembelajaran terutama melibatkan elemen berkaitan kepimpinan dan tadbir urus sebagai satu budaya sekiranya ingin melihat pengurusan persatuan berjalan dengan baik,” kata Presiden Astaf, Datuk Abdul Halim Kader dalam satu kenyataan hari ini.

Astaf komited untuk melihat suatu penganjuran berteraskan undang-undang sepak takraw antarabangsa yang melibatkan undang-undang permainan, penggunaan peralatan, soal berkaitan kebajikan pemain, pengadil serta pegawai pasukan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.