Assyahid kucing

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 78 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 34%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kucing itu bingung dan buntu. Air yang banyak sedang menerpa mata, hidung dan mulutnya. Ia sedang dilanda gempuran air dan busa sabun yang mencurah-curah sehingga ia melihat tompok-tompok whiskas. FMTNews Kucing

Kenapakah ada di antara manusia memilih melakukan dosa? Kucing itu memikir dan memikir dan memikir sepanjang ia tenggelam. Kucing itu bingung dan buntu. Air yang banyak sedang menerpa mata, hidung dan mulutnya. Ia sedang dilanda gempuran air dan busa sabun yang mencurah-curah sehingga ia melihat tompok-tompok whiskas di Firdausi.Dosa, bukan mesti al-atham iaitu kelakuan tidak senonoh. Atau al-Fahsha yang merangkumi jenayah, perbuatan jahat, kerja khianat dan tikam belakang.

Sebab musabab pertama adalah cinta dunia. Kucing itu pernah membaca satu nukilan Saidina Ali yang entah mungkin disebut oleh Shirazi, atau Rumi atau Annemarie Schimmel bahawa “dunia tanpa kawal itu ibarat ular berbisa. Kulitnya ular sangatlah halus dan lembut tetapi di dalamnya tersimpan racun berbisa. Yang jahil akan mengambilnya, sedang yang bijaksana akan menghindari”.

Kucing itu pernah menonton drama di Laut Merah. Bagaimana sekumpulan pengikut seorang Nabi yang membelah samudera, kekal tergamak mengingkari utusan Tuhan. Ini meskipun setelah mukjizat terjadi di depan mata. Melihat keajaiban laut terbelah itu tidak memadai rupanya untuk mereka akhirnya menjadi rancu dan memilih nafsu setan lantas mengabdikan diri kepada Iblis.

Akan tetapi ada satu lagi pesen manusia yang menurut kucing tidak lagi dapat dirawat. Mereka, manusia ini menjadi jahat kerana keperibadian jahat sudah sebati dalam diri. Itulah sebab-musabab kedua. Terlepas dari godaan setan, nafsu dan kejahilan yang saling berangkai di atas; manusia juga menjadi celaka dan melakukan dosa kerana kejahatan itu dapat diwarisi.

“Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya sambil berkata: ‘Alangkah baiknya kalau aku mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia ’.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Lelaki bunuh kucing didakwa esokKualaLumpur Lelaki yang membunuh tiga kucing secara kejam dengan 'dilemaskan' dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, esok.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Lelaki disyaki bunuh 3 kucing dalam mesin basuh direman 4 hariSuspek ditahan pada 12.15 pagi 13 Julai lalu oleh penguat kuasa JPV Selangor. FMTNews JPV Kucing
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Bangkai kucing dihantar ke makmalkepong TIGA bangkai (karkas) kucing yang dibunuh dengan kejam di dalam mesin basuh di Kepong sudah dihantar ke Makmal Veterinar Salak Tinggi, Sepang untuk bedah siasat.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Bangkai kucing dihantar ke makmalkepong TIGA bangkai (karkas) kucing yang dibunuh dengan kejam di dalam mesin basuh di Kepong sudah dihantar ke Makmal Veterinar Salak Tinggi, Sepang untuk bedah siasat.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Penjenayah selamba larikan Chomel“SELEPAS kehilangan Chomel, anak bongsu saya tidak selera makan dan asyik menangis. Kepada penjenayah berkenaan, tolonglah pulangkan segera kucing kami.”
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Lelaki bunuh kucing didakwa esokKualaLumpur Lelaki yang membunuh tiga kucing secara kejam dengan 'dilemaskan' dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, esok.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »