AS bagi amaran Iran bakal berdepan 'ancaman' - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 39 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

AS akan bekerjasama dengan sekutu negara itu bagi menghalang sebarang serangan yang dilakukan oleh Iran.

WASHINGTON: Iran bakal berdepan ‘ancaman’ sekiranya melakukan serangan terhadap mana-mana rakyat Amerika Syarikat .

Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan berkata, AS akan bekerjasama dengan sekutu negara itu bagi menghalang dan memberikan maklum balas terhadap sebarang serangan yang dilakukan oleh Iran. Tegasnya, AS akan berusaha melindungi rakyatnya termasuk individu yang pernah berkhidmat kepada negara, termasuk bekas tentera AS.

Sabtu lalu, Iran mengenakan sekatan terhadap puluhan rakyat AS dengan kebanyakannya adalah tentera AS, berhubung pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani menerusi serangan dron, 2020.Menteri Luar Iran berkata, seramai 51 rakyat AS menjadi sasaran kerana terlibat dengan ‘keganasan’ serta mencabul hak asasi manusia.

Iran sebelum ini pernah mengancam akan menjalankan operasi keganasan di AS dan tempat lain di seluruh dunia.-REUTERS

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.