Fmtnews

Fmtnews

Artis manfaat sisa buangan ke dalam karya seni

Artis Filipina, Gilbert Angeles hasilkan lebih 10 karya menggunakan bahan buangan.

15/3/2021 2:07:00 AM

Artis Filipina, Gilbert Angeles hasilkan lebih 10 karya menggunakan bahan buangan. FMTNews

Artis Filipina, Gilbert Angeles hasilkan lebih 10 karya menggunakan bahan buangan.

-March 15, 2021 7:00 AMAngeles menggunakan cat lama dan pembungkus plastik yang dicarik untuk menghasilkan lukisan di studionya di Plaridel, wilayah Bulacan, Filipina. (Gambar Facebook)Menyedari negaranya adalah salah satu penyumbang terbesar dunia ke atas pencemaran plastik di lautan, maka artis dari Filipina, Gilbert Angeles telah mengambil pendekatan lebih bermanfaat dengan menggunakan sisa buangan sebagai medium seninya.

Hamzah urges IGP to take stern action against personnel involved in partying at police station Misbun loses wife Latifah | New Straits Times 8,167 pesakit Covid-19 terima rawatan di hospital - Utusan Digital

Daripada sisa plastik, cat lama serta serpihan kayu sisa bahan binaan, semuanya menjadi pencetus kepada Angeles untuk dijadikan sebagai medium lukisan.Reuters melaporkan, sejak 2019, dia sudah menghasilkan lebih 10 buah hasil lukisan yang menggunakan bahan buangan itu.

“Saya menghasilkan karya seni ini untuk menimbulkan kesedaran terhadap tabiat membuang sampah di kawasan masing-masing selain menjadikan masyarakat lebih bertanggung jawab dalam menguruskan sampah,” kata artis berusia 49 tahun itu.Angeles mengumpul semua bahan buangan itu dari seluruh kawasan kejiranan di Manila selain menerimanya daripada orang ramai yang dikenali menerusi kempen alam sekitar. headtopics.com

Angeles masih ingat ketika dia memulakan projek itu selepas terdengar satu laporan mengenai Filipina yang menjadi penyumbang terbesar sisa buangan plastik.Berdasarkan laporan daripada Ocean Conservacy dan Pusat Perniagaan dan Alam Sekitar McKinsey, Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam dan China menyumbang sekitar 60 peratus terhadap sisa buangan plastik di lautan di dunia atau 8 juta tan setiap tahun.

Hasil karya Angeles sudah dipamerkan di beberapa galeri seni dan lukisannya dijual sekitar ASD600 (RM2,471) hingga ASD3,000 (RM12,355) mengikut saiz.Sebahagian daripada hasil jualan itu disalurkan kepada kumpulan aktivis alam sekitar, Green Artz yang menggalakkan artis lain menggunakan sisa buangan sebagai medium mereka.

“Saya menyukai idea yang ia memberikan kita satu harapan. Ia mempunyai warna yang cantik dari plastik kitar semula.“Dia menggunakan semula barangan yang merosakkan alam sekitar dan mengubahnya menjadi lebih menarik,” kata pengurus Conrad Hotel, Linda Pecoraro iaitu lokasi pameran seni Angeles.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke Read more: Free Malaysia Today »

EMCO at Mentari Court in PJ ends a day ahead of schedule

PETALING JAYA: The enhanced movement control order (EMCO) at Mentari Court has ended a day ahead of schedule to the great joy of those staying there.