Anggota polis marin didakwa 101 lagi pertuduhan rasuah

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 35 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Ipoh Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh terhadap 101 pertuduhan hari ini termasuk pertuduhan pilihan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Pertuduhan dibaca terhadap Koperal Zubairi Abdul Mutalib, 60, di hadapan Hakim S Indra Nehru menjadikan tertuduh secara keseluruhan didakwa dengan 144 pertuduhan membabitkan penerimaan suapan dengan jumlah keseluruhan RM389,390 antara Mei 2016 hingga Julai 2019.

Bagi 101 pertuduhan hari ini, Zubairi yang bertugas sebagai ketua jentera bot ronda di Pangkalan PPM Kampung Acheh, Sitiawan, Manjung, didakwa menerima suapan wang tunai antara RM7,285 sehingga RM123,390 dengan jumlah keseluruhan RM243,040 daripada tujuh individu antara Mei 2016 hingga Julai 2019. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin dengan tertuduh diwakili peguam, Muhamad Aizad Fakri.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.