Rap, 'Lah Ahmad'

Rap, 'Lah Ahmad'

Album fizikal lebih puas

#rap Lah yang juga anggota kumpulan VE berkata, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa berbuat sedemikian selain menyifatkan ia lebih puas dalam berkarya.

25/11/2020 6:45:00 PM

rap Lah yang juga anggota kumpulan VE berkata, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa berbuat sedemikian selain menyifatkan ia lebih puas dalam berkarya.

KETIKA kebanyakan penyanyi memilih platform penstriman dan digital untuk memasarkan single atau album, berbeza dengan Lah Ahmad yang masih menggunakan pendekatan tradisional iaitu penerbitan album fizikal atau cakera padat (CD).

Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad berkata, sebagai permulaan album berjudul Selamat Datang Cinta yang dilancarkan awal bulan ini dicetak dengan 1,000 salinan dan dijual secara tempahan."Ikut perancangan, memang nak buat sidang media bagi menghebahkan album fizikal ini, tapi disebabkan keadaan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jadi saya terpaksa jual dan promosi menggunakan medium media sosial seperti Instagram.

Hamzah discharged after making full recovery from Covid-19 Court of Appeal quashes approval to develop Taman Rimba Kiara 'Berat sebelah, dua darjat', menteri bebas langgar SOP, rakyat kena tindakan, kata Pemuda PKR

"Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa masih nak keluarkan album fizikal ketika pasaran muzik tidak menentu. Bagi saya penghasilan album fizikal lebih puas yang mana boleh disentuh dan dirasa dengan tangan. Saya berasa lebih keberkatan dengan cara begini.

"Mungkin saya jenis yang 'old fashion'. Tapi tak mengapa, saya okey. Untuk permulaan, kami mencetak 1,000 salinan. Alhamdulillah, ia hampir habis terjual. Itu sudah buat saya puas dan gembira," katanya.Berkongsi lanjut, Lah berkata, proses rakaman album itu bermula sejak Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa. headtopics.com

"Saya teruskan apa yang dimulakan meski ada keterbatasan kerana Covid-19. Saya berasa orang masih lagi mendengar lagu menerusi pemain cakera padat atau di dalam kereta ketika memandu. Jadi, bukan masalah besar saya menerbitkan album fizikal ini."Macam sekarang, album ini saya jual dengan dua pakej iaitu Pakej A hanya cakera padat dan Pakej B pula didatangkan dengan hadiah istimewa lain. Insya-Allah, album ini akan diterbitkan secara digital juga nanti," katanya.

Menariknya, album yang memuatkan tujuh lagu itu menyaksikan Lah bekerjasama dengan dua penyanyi muda iaitu Haqiem Rusli dan Aina Abdul.Haqiem menghasilkan lagu Sejarah sementara bersama Aina, mereka berduet menerusi lagu Tunggu Kamu."Haqiem berjumpa saya sejak dua tahun lalu dengan menyatakan hasrat mahu memberikan lagunya. Akhirnya, ia menjadi kenyataan juga ketika kami berjumpa awal tahun ini.

"Macam Aina pula, lagu Tunggu Kamu adalah ciptaan saya sepenuhnya. Saya memang bercita-cita nak berduet dengan artis baharu. Dalam ramai penyanyi, saya memilih Aina."Sejujurnya, seronok dapat bekerjasama dengan generasi baharu. Maklumlah saya orang lama. Insya-Allah, kedua-dua lagu ini akan saya ketengahkan sebagai single selepas ini," katanya.

Menerusi album itu juga, Lah merakamkan semula lagu Di Pintu Syurga dendangan asal Dayang Nurfaizah dengan diberi nafas baharu awal tahun ini.Lah turut berkongsi, penghasilan album itu menelan kos di bawah RM20,000.Dalam perkembangan lain, Lah bakal terbabit pada Konsert Inteam 20 Tahun pada 12 Disember depan. headtopics.com

Home Minister discharged from hospital after recovering from Covid-19 Anggota polis marin didakwa 101 lagi pertuduhan rasuah Time for Malaysia to step up its policies to attract FDIs, says pundit | Malay Mail

Selain Lah, penyanyi Khai Bahar, kumpulan Exists, Hijjaz dan UNIC turut diundang memeriahkan konsert dalam talian yang berlangsung di Warisan Hall Studio di Sijangkang.Konsert itu mendapat sokongan dana melalui Geran Dana Kandungan Digital (DKD) yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Read more: Harian Metro »

Ku Li tests positive for Covid-19

PETALING JAYA: Umno veteran and Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah has tested positive for Covid-19, according to sources.