Alat komunikasi canggih bantu polis Kelantan - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Penggunaan alat ini memudahkan urusan komunikasi dengan lebih jelas termasuk siasatan dan laporan berkaitan bencana seperti banjir atau tanah runtuh di kawasan pedalaman.

TUMPAT: Polis Kelantan menerima lima unit alat perhubungan komunikasi Transportable Mobile Radio Motorola APX2500 bernilai RM140,000 bagi membantu melancarkan tugas-tugas polis di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, alat tersebut dibekalkan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman juga akan dimanfaatkan bagi kerja-kerja mencari dan menyelamat dalam sebarang bencana. “Penggunaan alat ini memudahkan urusan komunikasi dengan lebih jelas termasuk siasatan dan laporan berkaitan bencana seperti banjir atau tanah runtuh di kawasan pedalaman berbanding penggunaan walkie talkie.

“Kita akui selama ini polis berdepan masalah perhubungan dan komunikasi terutama di kawasan pedalaman seperti Gua Musang dan Jeli serta kawasan sempadan negeri ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau sesi latihan penggunaan alat TMR tersebut di Kompleks Kastam Imigresen Kuarantin dan Keselamatan di Pengkalan Kubor di sini hari ini.Shafien berkata, sebagai permulaan alat TMR itu akan ditempatkan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan, selain diagihkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah Gua Musang serta Jeli.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.