KualaLumpur Seorang ahli perniagaan ditahan selepas didapati mengedar dadah yang diproses sendiri dalam serbuan di Pudu, di sini, Rabu lalu.
Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan ditahan selepas didapati mengedar dadah yang diproses sendiri dalam serbuan di Pudu, di sini, Rabu lalu.
"Dalam serbuan itu, kami merampas 40 botol mengandungi 400 milimeter (ML) cecair dadah, wang tunai RM250 serta sebuah motosikal."Hasil tangkapan itu, kami membuat satu lagi serbuan di rumah suspek di Ampang, Selangor jam 1 pagi (semalam) yang membawa kepada penemuan tujuh pokok ganja serta dua anak pokok ganja.
"Selain itu, kami turut merampas 1,500 gram ganja, cecair ganja (3,000 ML), cecair kimia, ganja, tempat siram pokok ganja serta sebuah kereta BMW milik suspek," katanya ketika dihubungi, hari ini.Saiful Azly berkata, semua rampasan di rumah suspek berkenaan dianggarkan berjumlah RM60,760 membabitkan pokok ganja (RM4,500), ganja (RM3,000) serta cecair dadah (RM53,100).
"Hasil soal siasat terhadap suspek, dia mengaku terbabit dalam kegiatan itu sejak Oktober tahun lalu."Difahamkan suspek menghasilkan sendiri dadah berkenaan dengan campuran ganja serta ketamin sebelum menjualnya pada harga RM300 satu botol," katanya. headtopics.com
Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 27 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6B akta sama.Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 4:11 PM Read more: Harian Metro »
Lalamove
Use Lalamove's web app to request & track deliveries on desktop computers. Lalamove offers immediate and scheduled delivery services via motorcycles, vans and trucks.