Ahli Parlimen Shah Alam 'hilang' ketika banjir - PM

Ahli Parlimen Shah Alam 'hilang' ketika banjir - PM

20/1/2022 7:33:00 AM

'Shah Alam hilang. Polis cari...tak ada,' kata Ismail Sabri.

Ahli Parlimen Shah Alam 'hilang' ketika banjir - PM

Beliau berkata demikian ketika diasak oleh Khalid yang bertanya siapa sepatutnya mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana negeri Selangor.Katanya, berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan yang diselaraskan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri dan Jabatan Pengurusan Bencana Daerah di Selangor sehingga mendapat reaksi negatif daripada rakyat, beliau telah mengambil keputusan untuk mempengerusikan beberapa siri mesyuarat.

“Iaitu mesyuarat khas pada 19 Disember 2021 di Pejabat Daerah dan Tanah Klang yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selaku Pengerusi Jabatan Pengurusan Bencana Negeri bagi mendapatkan penerangan situasi semasa banjir dan isu-isu yang memerlukan tindakan segera.

Read more: Utusan Malaysia »

Orang Shah Alam silap sangat pilih Khalid Carlsberg,, cakap pandai hasil tak de, hampas,,, Kononnya 'mewakili rakyat'...sibuk masalah keluarga, rakyat yang undi sedang merana dia pula buta...rakyat lah kena bijak pilih PM yg tak bertanggungjawab Selamatkan bini baru dulu. Hahaha. Nama je MP kawasan tapi tak tahu buat kerja. Tahniah memilih MP anda yg terkesan.

Dia sebok kes polygamy dia.. Kasi la can pak mail oiii... org nk buat psiapan tuu Sama je korang semua...tak ada beza. Semua hati dah hitam. Shah alarm sibok urus isteri🤣🤣🤣 I harap KhalidSamad saman je Pak Mael ni, sbbnya time KS ni dok tolong abang yg hilang family tumpangkan ofis, sewakan hotel, beli kayak. Pak Mael pegi jamuan potong kek. Come on IsmailSabri60 jgnla perlekehkan usaha orang lain yg menolong rakyat bila kau sikit pun tak susah2.

Membuta Hilang sbb balik rumah no2

Hari pertama banjir di Selangor saya turun lapangan - PMHari pertama banjir di Selangor saya turun lapangan – PM وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya

Apabila terdesak fikiran dah bercelaru musibah dan bencana banjir pulak dtg dgn tiba² mesti lah cari bukit tinggi untuk selamat kan diri dulu , rakyat tak apa selamat kan kemudian..inilah yg dikatakan rakyat tolong rakyat, waktu undi saja rakyat tolong wakil rakyat dan menteri.. Sibuk nk pasang lagi satu tu 🤣

ni matter u're gov or oppo politician,all of u are useless Kat Jabatan agamo.. sibuk nak melubang satu lagi.. 😂😂😂😂 klo Tak overtime kat kilang carlsbeg tu.. Dia sibuk mau kahwin lagi dari jaga rakyat kawasannya? Sebab tu hilang? Dia pasang no 2.. tgh syok2.. YB Khalid lari rumah bini muda, tak tahan tekanan poligami😀

Mmg la polis cari xde, polis pn xde kt situ😆 وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya Level mahaguru Kalau main hilang2 ni 🤣🤣🤣

Terburu-buru tangguh mesyuarat bincang Azam Baki, kata 4 anggota j/k Parlimen | The Malaysian Insight4 ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tidak setuju penangguhan mesyuarat tersebut.

KhalidSamad sembang je la IsmailSabri60 dlm mimpi ke apa ? Ni gambar 19 Dis 2021 antara KhalidSamad & IsmailSabri60 Sibuk poligami.....takdirrrr....🤭 Dia sibuk lah Pak Mail..skrg nk poligam kena pergi khusus bagai..harta kena bagi siap 2..klu x settle dgn bini tuo,leleh aiq liur mcm tu jer lah...gamaknya.

Azam perlu disiasat berhubung isu etika, kata ahli Parlimen | The Malaysian InsightMenurut mereka, pegangan saham Azam mesti dinilai dalam konteks peraturan perkhidmatan awam mengenai pemilikan saham. Apa perlu siasatan kalau keputusannya akan dipertikai oleh mangkuk mangkuk!!!

Amaran banjir di Selangor tidak diendah sesetengah pihak, kata PM | The Malaysian InsightIsmail Sabri Yaakob berkata MetMalaysia sudah mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan sebelum banjir 18 Disember lalu.

Tubuh jawatankuasa bebas semak semula keputusan SC, desak Gomez | The Malaysian InsightBekas ahli LPPR berkata walaupun kes Azam Baki dilaporkan meluas di media dan dibangkitkan di Parlimen, tidak ada siasatan bebas dilakukan. This is unnecessary. SC is the authority. Now you want to check the authority. Who are you?

JAIS issues new rules for Friday prayersSHAH ALAM: The Selangor Islamic Religious Department (JAIS) has allowed the full use of the main prayer area and other available spaces in all mosques...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‘hilang’ ketika banjir melanda Selangor pada 18 Disember lalu. Beliau berkata demikian ketika diasak oleh Khalid yang bertanya siapa sepatutnya mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana negeri Selangor. Katanya, berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan yang diselaraskan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri dan Jabatan Pengurusan Bencana Daerah di Selangor sehingga mendapat reaksi negatif daripada rakyat, beliau telah mengambil keputusan untuk mempengerusikan beberapa siri mesyuarat. “Iaitu mesyuarat khas pada 19 Disember 2021 di Pejabat Daerah dan Tanah Klang yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selaku Pengerusi Jabatan Pengurusan Bencana Negeri bagi mendapatkan penerangan situasi semasa banjir dan isu-isu yang memerlukan tindakan segera. “Mesyuarat turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara yang ketika itu dimaklumkan tentang kekurangan di Selangor dan tindakan segera telah pun dilakukan ketika itu. “Sepatutnya bukan saya yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor, patut bukan saya,” katanya dalam mesyuarat khas penggal keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini. Bagaimanapun, Khalid bangkit mencelah dan bertanya, “Sepatutnya siapa? Tan Sri Noh Omar?” Ismail Sabri meminta Khalid duduk. “Kalau nak mencelah beritahu saya, duduk,” katanya. Khalid bagaimanapun enggan duduk. “Shah Alam hilang. Polis cari…tak ada,” kata Ismail Sabri. “Ahli Parlimen Shah Alam dikatakan hilang…tiada dalam radar,” katanya. Dakwaan Ismail Sabri itu mengundang kekecohan seketika dalam Dewan Rakyat, sehinggalah Khalid menjelaskan bahawa beliau berada di lapangan sejak hari pertama banjir melanda Selangor. “Ok, kalau turun padang baguslah, bagus-bagus,” katanya. Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu kemudian menegur Ismail Sabri. “Kalau boleh kita tak nak main blame game. Majlis ini adalah untuk mencari penyelesaian, itu yang kita nak. Itu sahaja,” katanya. Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub juga meminta Ismail Sabri supaya tidak menyindir mana-mana pihak. Bagaimanapun, Ismail Sabri menjelaskan beliau tidak menyindir mana-mana ahli Parlimen. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula mendakwa Ismail Sabri tidak menjemput ahli Parlimen kawasan yang terlibat dengan masalah banjir. “Ya, you pergi banyak tempat tapi tak panggil ahli Parlimen. Kalau nak tahu masalah, panggillah ahli Parlimen,” katanya. Ismail Sabri membalas dengan ringkas: “Saya turun padang tak beritahu ahli-ahli Parlimen yang berkenaan, sebab banjir ini kecemasan. Tiada jemputan dikeluarkan,” katanya.