Agong tangani dengan bijaksana - Penganalisis Politik

#kualalumpur Perkembangan yang berlaku dalam arena politik tanah air ketika ini menterjemahkan peranan yang boleh dimainkan Seri Paduka.

25.2.2020

kualalumpur Perkembangan yang berlaku dalam arena politik tanah air ketika ini menterjemahkan peranan yang boleh dimainkan Seri Paduka.

MALAYSIA mengamalkan konsep demokrasi berparlimen serta raja berperlembagaan dan ia dapat dilihat melalui apa yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dalam menangani kemelut politik melanda negara ketika ini.

Dalam penentuan siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, Baginda menjalankan peranan seperti termaktub dalam perlembagaan dan akan melantik seseorang yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat ke jawatan itu. Pensyarah Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, perkembangan yang berlaku dalam arena politik tanah air ketika ini menterjemahkan peranan yang boleh dimainkan Seri Paduka. “Kita sering dengar demokrasi berparlimen, dewan rakyat, buat undang-undang, tapi kita jarang bercakap soal raja berperlembagaan. Seri Paduka mempunyai peranan tertentu yang termaktub di dalam perlembagaan sebagai Ketua Utama Negara. “Mengikut Perkara 40 (2) (A), Baginda mempunyai kuasa dan budi bicara untuk melantik Perdana Menteri dan Baginda tidak perlu mendapatkan pandangan atau nasihat daripada sesiapa. “Begitu juga apabila Perdana Menteri meletak jawatan, Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan kerana di sinilah terletak kaitan antara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. “Jadi kalau sebelum ini kita dengar ada kerajaan Barisan Nasional (BN), kerajaan Pakatan Harapan (PH), itu tidak tepat kerana ia adalah kerajaan Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. Dr Shamrahayu berkata, Perkara 43 (2) (A) menetapkan apabila Seri Paduka hendaklah melantik Perdana Menteri dulu yang kemudiannya akan mencadangkan jemaah menteri. Katanya, Perdana Menteri pula perlu memenuhi dua kriteria, iaitu mestilah seorang ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. “Perlembagaan hanya menyebut mengenai perlu ada kepercayaan majoriti tetapi tidak sentuh mengenai bagaimana untuk dapat kepercayaan itu. “Jadi inilah peranan Seri Paduka dengan memanggil seorang demi seorang ahli parlimen untuk mendengar sendiri pandangan berhubung siapa yang layak. “Ini tidak pernah berlaku di negara kita dan saya nampak, Baginda menunjukkan kebijaksanaan dalam isu pergolakan politik yang mendapat perhatian di negara kita ini,” katanya. Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu. Sebelum itu, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), mengundang pelbagai spekulasi berhubung pembentukan kerajaan baharu. Hari ini dan esok, Baginda dijadualkan bertemu dengan semua Ahli Parlimen untuk menerima pandangan mengenai pensejajaran semula kerajaan. Sepanjang proses pertemuan itu, Baginda sendiri menemu bual Ahli Parlimen terbabit disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali. Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 6:17 PM Berita Berkaitan Read more: Harian Metro

Institusi Raja Raja penting dan perlu di Malaysia. Daulat Tuanku Alhamdulillah...syukur negara kita Malaysia mempunyai seorang YDPA yang sangat adil lagi bijaksana..daulat tuanku.. Daulat Tuanku.. Patik hamba yg hina berasa amat bangga dgn kebijaksanaan tuanku mengatasi masalah ini.. Ampun tuanku Daulat Tuanku

Alhamdullilah kuasa raja kuasa mutlak

Al-Sultan Abdullah 'belanja' petugas media makanYANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan keprihatinan terhadap petugas media apabila mencemar duli turun menyerahkan makanan di pintu 2 Istana Negara, hari ini. DAULAT TUANKU... TAKBIR !!!! Allah Ku Akbar..... ( yg nampak post ni) reply takbir juga ! Daulat tuanku. Semoga Allah lanjutkan usia tuanku. Daulat Tuanku.......

Dr M to meet Agong this evening | Malay MailKUALA LUMPUR, Feb 24 — Bersatu chairman Tun Dr Mahathir Mohamad has been summoned to meet the Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) at 5pm today, hours after he resigned, in a move some speculate is to form a new coalition government. “Agong has summoned Tun Dr Mahathir to Istana Negara at 5pm, please... Resign = OK, but to cause a turmoil is absolutely not OK. It is tentamount to BETRAYAL anwaribrahim milosuam PKRPUTRAJAYA drwanazizah Nak angkat sumpah dah ka?

'In the hands of YDP Agong'KUALA LUMPUR: With the resignation of Tun Dr Mahathir Mohamad as the prime minister, it is now up to the Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah to decide on what is next. smj407 dissolve je la Sigh.... Another boring view

Tunggu titah, keputusan Agong - AMANAHPARTI Amanah Negara (AMANAH) masih berpegang kepada pemuafakatan yang dibuat bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), kata Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Dr Dzulkefly Ahmad. Takpe Dr Zul. Fokus dekat Corona virus. Ape pun terjadi Dr antara mnteri yg terbaik negara pernah dpat. Dr zul relax je..tak ngamuk macam yang lain Kami nak bubar parlimen!

Tumpuan pada Agong selepas Dr M hantar surat letak jawatanPerkembangan ini selepas pertemuan dengan pucuk pimpinan Pakatan Harapan di kediamannya. FMTNews Agong TunM LetakJawatan

All eyes on Agong after Dr M sends resignation letterIt comes after a meeting with Pakatan Harapan leaders at his residence. FMTNews TunM Just fed up & tired I presumed... See how the coverage compares against other news outlets on Ground News DatukSeriAnwarIbrahim MahathirMohamad Politics KualaLumpur Asia



Vivy Yusof mohon maaf

Hanya balas dengan emoji sedih

Putrajaya appoints PAS’ Hadi Awang as ‘minister-level’ special envoy to Middle East | Malay Mail

Bazar Ramadan, Aidilfitri di Kedah dibatalkan

Terima kasih 'lembaga putih'

Pocong tolong jaga kampung

Pro wrestler Nor ‘Phoenix’ Diana makes Forbes cover as one of 12 Malaysians in 2020’s ‘30 under 30 Asia’ list | Malay Mail

Write Comment

Thank you for your comment.
Please try again later.

Latest News

News

25 February 2020, Tuesday News

Previous news

Dr M proposes to lead 'unity government', say sources

Next news

17 ADUN hadir mesyuarat tergempar
'Alhamdulillah... terima kasih semua' Jual makanan secara pandu lalu sepanjang Ramadan Malaysians Anja Chong, Nor 'Phoenix' Diana on Forbes '30 Under 30 Asia' list (updated) Lebih 10,000 kematian di Sepanyol Anwar urges Bank Negara to help insurance policyholders MCO extension will depend on Covid-19 cases [NSTTV] Komitmen hubungan jarak jauh Covid-19: Rakyat Kelantan diseru berzikir, munajat Chalet kontena lengkap fasiliti MKN nafi PKP Tahap Tiga Kisah perlawanan menjadi 'malapetaka' Covid-19 di Itali Covid-19: 208 new cases, death toll now at 50
Vivy Yusof mohon maaf Hanya balas dengan emoji sedih Putrajaya appoints PAS’ Hadi Awang as ‘minister-level’ special envoy to Middle East | Malay Mail Bazar Ramadan, Aidilfitri di Kedah dibatalkan Terima kasih 'lembaga putih' Pocong tolong jaga kampung Pro wrestler Nor ‘Phoenix’ Diana makes Forbes cover as one of 12 Malaysians in 2020’s ‘30 under 30 Asia’ list | Malay Mail Zuraida says media misinterpreted Health DG’s comments on disinfection SOP | Malay Mail 'Saya bersyukur menjadi seorang muslim' - Williams Berdamailah artis dan netizen Tony Fernandes says AirAsia seeking government loan, not bailout | Malay Mail Cadang tuduh wanita maki polis