WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat , Joe Biden terpaksa menerima hakikat apabila 700,000 rakyat negara itu maut akibat virus Covid-19.
Angka terkini itu direkodkan sejak Jumaat lalu yang menyaksikan bilangan itu melebihi rakyat AS yang mati semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. “Jumlah kematian yang dahsyat ini adalah satu peringatan betapa pentingnya mendapatkan suntikan vaksin.Menurut Biden, sebanyak tiga perempat penduduk AS sudah menerima suntikan dos pertama vaksin termasuk 94 peratus warga emas.
“Sekiranya anda belum divaksin, tolong dapatkannya segera. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda dan insan yang tersayang. Vaksin akan membantu kita membendung Covid-19 bersama-sama sebagai sebuah negara,” tegasnya. – AGENSI
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.