600 pokok durian musang king dimusnahkan di Raub - Utusan Digital

600 pokok durian musang king dimusnahkan di Raub

6/12/2021 12:13:00 PM

Siasatan mendapati kegiatan penerokaan kawasan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang menggunakan beberapa pekerja warga asing.

600 pokok durian musang king dimusnahkan di Raub

Operasi Teras dilakukan hari ini melibatkan kawasan hutan simpan seluas empat hektar dipercayai diteroka secara haram sejak lebih dua tahun lalu.Pegawai Pejabat Hutan Daerah Raub, Shahril Mohamad berkata, pokok durian musang king berusia setahun hingga dua tahun itu dimusnahkan dengan cara menebang menggunakan parang dan mesin gergaji berantai.

“Nilai 600 pokok durian musang king yang dimusnahkan dalam operasi selama lima jam melibatkan 25 kakitangan itu dianggarkan lebih RM30,000,” katanya di sini hari ini.Shahri berkatal, pihaknya berjaya mengesan kawasan itu selepas melakukan rondaan serta semakan menggunakan sistem e-Geoformatik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), 26 November lalu.

Read more: Utusan Malaysia »

Money given to Zahid was a political donation, no corruption involved, witness tells court

SHAH ALAM: High Court here was told that the money given by Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) to former Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid was a political donation and not for corrupt purposes. Read more >>

Musnah 600 pokok durian Musang King dalam hutan simpan | Harian MetroRaub: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub bertindak tegas dengan memusnahkan lebih 600 pokok durian klon Musang King yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Teras di sini, hari ini. Good job.. Paling bagus kalau kerajaan negeri take over dan teruskan perniagaan. Dapat juga income. Tp, kalau mmg kerajaan x ada kepakaran, musnahkan je lah. Terbaik

Musnah 600 pokok durian Musang King dalam hutan simpan | Harian MetroRaub: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub bertindak tegas dengan memusnahkan lebih 600 pokok durian klon Musang King yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Teras di sini, hari ini. Good job.. Paling bagus kalau kerajaan negeri take over dan teruskan perniagaan. Dapat juga income. Tp, kalau mmg kerajaan x ada kepakaran, musnahkan je lah. Terbaik

Tanah runtuh: Sistem amaran digital di lokasi berisiko - Utusan DigitalDalam tragedi terbaharu pada 2 Disember lalu, dua lelaki dilaporkan maut selepas kenderaan masing-masing tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Jalan di Serian macam di Kuala Lumpur - Abang Jo - Utusan Digital'Serian sudah berubah menjadi bandar yang kacak dan moden.'

Memupuk rasa cinta pada alam di Avani Sepang Gold Coast - Utusan DigitalMemupuk rasa cinta pada alam di Avani Sepang Gold Coast

Jualan Keluarga Malaysia di Kepala Batas diadakan secara mingguan - Utusan DigitalJualan Keluarga Malaysia di Kepala Batas diadakan secara mingguan

RAUB: Pejabat Hutan Daerah memusnahkan lebih 600 pokok durian musang king yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Teras di sini. Operasi Teras dilakukan hari ini melibatkan kawasan hutan simpan seluas empat hektar dipercayai diteroka secara haram sejak lebih dua tahun lalu. Pegawai Pejabat Hutan Daerah Raub, Shahril Mohamad berkata, pokok durian musang king berusia setahun hingga dua tahun itu dimusnahkan dengan cara menebang menggunakan parang dan mesin gergaji berantai. “Nilai 600 pokok durian musang king yang dimusnahkan dalam operasi selama lima jam melibatkan 25 kakitangan itu dianggarkan lebih RM30,000,” katanya di sini hari ini. Shahri berkatal, pihaknya berjaya mengesan kawasan itu selepas melakukan rondaan serta semakan menggunakan sistem e-Geoformatik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), 26 November lalu. Katanya, siasatan mendapati kegiatan penerokaan kawasan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang menggunakan beberapa pekerja warga asing. Dalam pada itu beliau berkata, sepanjang tahun ini Pejabat Hutan Daerah Raub telah melakukan lima operasi membanteras penerokaan hutan simpan secara haram membabitkan kawasan seluas kira-kira 142.7 hektar. Katanya, Operasi Pamah Hutan Simpan Batu Talam pada Julai lalu merupakan kemuncak ketegasan kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menyaksikan kira-kira 15,000 pokok durian musang king dimusnahkan membabitkan kawasan seluas 101 hektar. “Operasi Teras hari ini adalah yang ke enam dilakukan tahun ini, tindakan sama akan dilakukan secara berterusan tahun depan bagi memastikan kegiatan menceroboh hutan simpan secara haram tidak berulang. “Kita akan mengadakan program menanam pokok balak di kawasan ini bermula esok dengan sebanyak 1,500 pokok pelbagai jenis akan ditanam yang mengambil masa beberapa hari,” jelasnya.