Rantau makin bergolak, Arab Saudi panggil sidang tergempar


Ketegangan meningkat di negara-negara Teluk selepas Amerika Syarikat (AS) mengerahkan sebuah kapal pengangkut pesawat ke rantau itu susulan ugutan Iran. – Gambar EPA, 19 Mei, 2019.

ARAB Saudi menggesa untuk mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk dan Liga Arab bagi membincangkan ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu.

Agensi Saudi Press berkata Raja Salman menjemput pemimpin negara-negara Teluk dan negara Arab ke dua sidang kemuncak di Mekah pada 30 Mei bagi membincangkan hal tersebut.

Ketegangan meningkat di negara-negara Teluk selepas Amerika Syarikat (AS) mengerahkan sebuah kapal pengangkut pesawat ke rantau itu susulan ugutan Iran.

Empat kapal termasuk dua kapal minyak Arab Saudi disebabkan sabotaj pada Ahad lalu di Fujairah.

Insiden itu disusuli dengan serangan dron oleh pemberontak Houthi di Yeman ke atas laluan paip utama Arab Saudi.

Iran berulang kali mengancam untuk menghalang aktiviti perkapalan di Hormuz jika berlaku konfrontasi dengan AS yang mengenakan sekatan ke atas Teheran sejak beberapa bulan lalu. – AFP, 19 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen