2 kapal tangki minyak Arab Saudi disabotaj di luar pantai UAE


Menteri Tenaga Arab Saudi Khalid al-Falih berkata dua kapal tangki minyak disabotaj di zon ekonomi eksklusif Emiriyah Arab Bersatu, di luar perairan Emiriah di Fujairah. – Gambar AFP, 13 Mei, 2019.

DUA kapal tangki minyak Arab Saudi rosak dalam “serangan sabotaj” di luar pantai Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor Saudi Press Agency (SPA) hari ini, memetik menteri tenaga Arab Saudi.

“Dua kapal tangki minyak disabotaj di zon ekonomi eksklusif Emiriyah Arab Bersatu, di luar perairan Emiriah di Fujairah.

“Manakala satu lagi ketika dalam perjalanan menyeberangi Teluk Arab,” Khalid al-Falih dipetik SPA sebagai berkata.

UAE semalam berkata kapal komersial milik beberapa negara dijadikan sasaran sabotaj di Fujairah.

Insiden di ketika berlaku ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat yang menempatkan tenteranya di rantau itu, termasuk mengerahkan pesawat pengebom B-52 sebagai tindak balas kepada ancaman dari Tehran. – AFP, 13 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen