KOTA BHARU: Seramai 40 wanita hamil disahkan positif Covid-19 sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II , di sini setakat hari ini.
“Jika ibu sarat mengandung dimasukkan ke unit rawatan rapi akibat Covid-19, kita terpaksa menjalankan pembedahan segera ke atas pesakit terbabit. “Langkah itu diambil bagi menyelamatkan ibu dan anak di dalam kandungan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dr. Selasawati berkata, berikutan kes positif Covid-19 semakin meningkat di Kelantan, pihaknya terpaksa menukar fungsi wad-wad sedia ada sebagai wad untuk pesakit Covid-19. Malah katanya, dewan syarahan HRPZ II juga kini sudah dijadikan wad sementara memandangkan kapasiti pesakit di wad-wad sedia ada sudah mencecah 100 peratus.“Setiap hari kita terpaksa menambah jumlah katil, manakala katil sedia ada pula dijadikan katil klinikal bagi menempatkan pesakit yang serius,” katanya. -UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »