32,000 pekerja asing dibawa masuk sektor perladangan - Utusan Digital

32,000 pekerja asing dibawa masuk sektor perladangan

23/10/2021 8:53:00 AM

'Sebelum ini saya masih main ‘tarik-tarik’ untuk bawa masuk pekerja asing, sebab masih mengharapkan pekerja tempatan ambil peluang ini. namun nampaknya warga kita tidak minat kerja dalam sektor 3D (kotor, berbahaya, rumit).'

32,000 pekerja asing dibawa masuk sektor perladangan

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing ke Malaysia oleh kementeriannya khususnya bagi memenuhi keperluan sektor tersebut.

Uniforms of Malaysian air stewardesses ‘being too revealing’ raised in Parliament Kulit kepala terkoyak diserang binatang buas | Harian Metro Dua pemuda salah guna parkir OKU diminta mohon maaf | Harian Metro

Beliau berkata, jumlah tersebut adalah angka sebenar yang diperlukan sektor itu selepas membuat penelitian dan memberi ruang masa kepada majikan untuk mendahului warga tempatan.“Sebelum ini saya masih main ‘tarik-tarik’ untuk bawa masuk pekerja asing, sebab masih mengharapkan pekerja tempatan ambil peluang ini. namun nampaknya warga kita tidak minat kerja dalam sektor 3D (kotor, berbahaya, rumit).

“Setelah meneliti perkara itu, kita masih perlukan pekerja asing khususnya untuk perladangan walaupun semua sektor juga perlukan pekerja asing. Tetapi peringkat awal ini saya nak lihat bagaimana SOP yang kita tetapkan untuk bawa masuk pekerja asing ini boleh dipatuhi dalam keadaan Covid-19 ini,” katanya dalam sidang akhba,r di sini hari ini. headtopics.com

Terdahulu, beliau menziarahi keluarga lima beradik yang menjadi yatim piatu selepas kematian kedua ibu bapa mereka akibat Covid-19 dan menyampaikan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).Saravanan berkata, keputusan membawa masuk pekerja asing bukanlah satu perkara yang disukai kerana tidak mahu dipersalahkan jika ia menjadi punca kepada penularan semula jangkitan wabak di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya meletakkan syarat ketat kepada majikan sektor berkenaan iaitu perlu mematuhi sepenuhnya Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang mana wajib menyediakan kemudahan sewajarnya kepada pekerja asing seperti tempat tinggal dan penginapan bersesuaian.

Selain itu, kata beliau, pihak majikan perlu meyakinkan kepada kementerian bahawa kerja-kerja lain seperti tugas-tugas di pejabat atau menjaga stor perlu diisi oleh warga tempatan dan bukan sepenuhnya diberikan tugas kepada pekerja asing.“Itu prasyaratnya, selagi tidak beri kepada saya berapa jumlah pekerja tempatan yang sedang bekerja, mereka tidak akan diluluskan untuk mengambil pekerja asing.

“Permintaan daripada sektor perladangan adalah 32,000, tetapi kita cuba seberapa rendah lagi untuk dibawa masuk peringkat awal. Sektor lain masih dalam perbincangan walaupun kita juga tahu berapa angka mereka perlukan pekerja asing, jadi untuk kali pertama ini kita beri sektor perladangan dahulu,” katanya. headtopics.com

Sarawak Polls: GPS launches 34-point manifesto, pledges to ensure political stability Siapa buang sisa industri? | Harian Metro MB defends action against illegal durian orchards

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, kira-kira 400,000 pekerja warga asing meninggalkan negara ini akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak awal tahun lalu dan 200,000 lagi gagal dikesan ekoran kehilangan pekerjaan kerana penutupan sektor ekonomi.Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (Papa) sebelum ini merekodkan jumlah pekerja asing yang berdaftar seramai 1.9 juta orang.

Kerajaan semalam menetapkan SOP kemasukan pekerja asing dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara case-by-case basis oleh Jawatankuasa Pekerja Asing yang dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Saravanan.

Terdapat empat SOP yang ditetapkan iaitu pra perlepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan dan pasca kuarantin. Read more: Utusan Online »

Softening the harmful effects of 'pornoddiction'

I started watching porn when I was in my late teens out of curiosity.

Minggu Saham Digital tawar hadiah lebih RM500,000 | Harian MetroKuala Lumpur: Permodalan Nasional Berhad (PNB) komited melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia bijak mengurus kewangan dan meningkatkan kesedaran pelaburan menerusi penganjuran acara tahunan, Minggu Saham Digital (MSD) 2021 bermula 17 hingga 23 November depan.

Businessman loses RM191,000 in crypto investment scam | The Malaysian InsightKelantan top cop says victim’s girlfriend proposes he join the scheme, which promises a daily 1% return.

Retired policeman fined RM3,000 after pleading guilty to accepting bribes at KK courtKOTA KINABALU: A retired policeman pleaded guilty to charges of accepting bribes at the Kota Kinabalu Special Corruption Court here.

Businessman loses RM191,000 after falling victim to crypto investment scamKOTA BHARU (Bernama): A businessman in his thirties suffered a loss of RM191,000 after falling victim to a crypto currency investment scheme scam.

Terima rasuah RM650, pesara polis didenda RM3,000Gara-gara terima rasuah RM650, seorang pesara polis didenda RM3,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu.

Retired policeman fined RM3,000 for taking RM250 bribe | New Straits TimesNSTnation Jangli Mamat, 58, was one of 10 policemen who were charged with accepting a bribe from a 39-year-old man between 2016 and 2018. Policeman Bribe Court