AS yakin ekonomi global pulih jika perang Ukraine berakhir

AS yakin ekonomi global pulih jika perang Ukraine berakhir

SEBUAH bangunan musnah akibat bedilan roket di Mykolav, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUSA DUA: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen terus memberi tekanan terhadap Russia menjelang Sidang Kemuncak G20 di Bali dengan menegaskan cara paling baik untuk memulihkan ekonomi global adalah dengan menghentikan perang di Ukraine.

“Mengakhiri pencerobohan Russia di Ukraine merupakan perkara paling baik yang kita boleh lakukan untuk pulihkan ekonomi dunia,” katanya.

Kenaikan harga bahan bakar dan makanan merupakan antara isu utama yang dijangka dibincangkan dalam sidang kemuncak itu.

Yellen turut berharap dapat meningkatkan tekanan diplomatik untuk menamatkan peperangan yang berlaku.

Indonesia sebagai tuan rumah sebelum ini sudah beberapa kali menggesa rundingan damai dan resolusi dicapai untuk mengakhiri konflik tersebut, namun beberapa anggota G20 termasuk China, Afrika Selatan dan India secara jelas enggan mengkritik Russia secara langsung.

Sidang kemuncak itu juga dijangka membincangkan isu keperluan melanjutkan persetujuan yang membenarkan bekalan bijirin dan baja keluaran Ukraine dieksport melalui Laut Hitam.

Ukraine merupakan satu daripada pengeluar terbesar dunia bagi kedua-dua bahan tersebut.

Persetujuan terkini yang dicapai bakal berakhir pada 19 November ini dan perkara itu perlu dilanjutkan sekiranya mahu harga makanan dunia kembali stabil. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya