Ismail Sabri tinjau persiapan Bajet 2023 


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob turut bertemu dan beramah mesra dengan pegawai serta petugas Kementerian Kewangan yang terbabit dalam penyediaan Bajet 2023.– Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Oktober, 2022.

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini meninjau persiapan penyediaan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di Putrajaya. 

Beliau yang tiba di pekarangan kompleks berkenaan pada pukul 12 tengah hari, disambut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir dua timbalan menteri kewangan iaitu Mohd Shahar Abdullah dan Yamani Hafez Musa. 

Ismail Sabri kemudiannya bertemu dan beramah mesra dengan pegawai serta petugas Kementerian Kewangan yang terbabit dalam penyediaan Bajet 2023, sebelum meninjau ke bilik operasi penyediaan bajet.

Bajet 2023 dijadual dibentangkan oleh Tengku Zafrul di Dewan Rakyat pada 4 petang esok. – Bernama, 6 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen