Ismail Sabri tinjau persiapan Bajet 2023

Ismail Sabri tinjau persiapan Bajet 2023

ISMAIL Sabri Yaakob tiba di Kementerian Kewangan bagi meninjau persiapan perbentangan Bajet 2023 di Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat tiba di bangunan Kementerian Kewangan (MOF) di sini, dipercayai bagi meninjau persiapan akhir Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, esok.

Ketibaan beliau pukul 12.13 tengah hari tadi disambut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pegawai kanan kementerian.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Induk Taman Meranti di ibu negara yang merupakan sebuah taman teknologi dan inovasi utama di Malaysia.

Desas-desus pelbagai pihak kemungkinan pembentangan Bajet 2023 tidak diadakan ekoran pembubaran Parlimen semakin hangat diperkatakan.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini mengesahkan kerajaan akan tetap membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 seperti dijadualkan.

Ia berdasarkan pemahamannya semasa mesyuarat pra majlis bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14, Isnin lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya