Guan Eng selar kenyataan 'biarlah rakyat marah' Saravanan


Pengerusi DAP Lim Guan Eng Menteri Sumber Manusia M Saravanan tidak ambil peduli kalau rakyat marah jika PRU15 didadakan semasa musim banjir. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Oktober, 2022.

MENTERI Sumber Manusia M Saravanan tidak ambil peduli kalau rakyat marah jika pilihan raya didadakan semasa musim banjir, kata Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim yang juga ahli Parlimen Bagan Lalang itu menyifatkan Saravanan tidak berhati perut bila berkata “biarlah rakyat marah” pada sidang media semalam.

Kenyataan Saravanan itu tunjuk bahawa kerajaan Barisan Nasional seolah-olah tidak peduli kesusahan rakyat.

“Jawapan ‘biarlah rakyat marah’ mengingatkan kepada kenyataan klasik kenyataan klasik oleh Ratu Perancis Marie Antoinette semasa Revolusi Perancis yang berkata ‘biarlah mereka makan kek’ apabila diberitahu rakyatnya tidak cukup roti untuk dimakan.

“Sikap yang tiada perasaan dan acuh tak acuh terhadap kemungkinan nyawa dan harta benda hilang semasa musim banjir jelas membuktikan kerajaan persekutuan tidak mengambil berat tentang rakyat tetapi hanya mahu mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun,” katanya.

Semalam, Saravanan memberi bayangan sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa beberapa hari lagi, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mungkin tidak akan diadakan ketika musim banjir.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini sudah mengeluarkan laporan banjir mungkin berlaku selepas 15 November, katanya kepada pemberita.

“Saravanan terlupa amaran yang dikeluarkan MetMalaysia pada 29 September bahawa negara akan melalui fasa peralihan monsun bermula 3 Oktober hingga akhir November.

“MetMalaysia mengatakan semasa fasa peralihan monsun ini akan berlaku ribut petir yang berpotensi mencetus banjir kilat,” katanya. – 6 Oktober, 2022.     

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen