Taburan hujan tinggi, tak sesuai PRU15 tahun ini - Tuan Ibrahim -

Taburan hujan tinggi, tak sesuai PRU15 tahun ini – Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai untuk diadakan pada tahun ini kerana wujudnya risiko bencana banjir tidak lama lagi.

Beliau selaku Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, risiko itu perlu diambil kira berdasarkan ramalan terhadap taburan hujan dalam tempoh dua bulan akan datang.

“Tidak sesuai diadakan PRU15 pada tahun ini kerana kebiasaannya taburan hujan tinggi dan risiko bencana banjir pada pertengahan November,” katanya dalam kenyataannya di media sosial.

Justeru, beliau meminta semua pihak supaya mengutamakan kepada membantu masyarakat dan bukannya pilihan raya.

“Utamakan kesejahteraan rakyat. Fokus perkara yang lebih utama. Insya-Allah, kita mohon agar lindungi kita semua daripada bencana buruk,” katanya.

PRU15 dijangka diadakan dalam masa terdekat, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui masih belum mendapat apa-apa inspirasi berhubung tarikh pilihan raya.

Katanya, UMNO akan mengadakan mesyuarat bersama Top 5 pada 30 September ini, selain mesyuarat biro politik dan mesyuarat melibatkan Majlis Tertinggi (MT) pada hari yang sama. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.