Raja Kayu jadi sumber pendapatan Orang Asli

Raja Kayu jadi sumber pendapatan Orang Asli

ZAKARIA Abdullah menunjukkan batang Raja Kayu yang dikumpul di rumahnya di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki Orang Asli daripada suku kaum Bateq di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini menjadikan teras Raja Kayu sebagai punca rezeki apabila mampu menjana pendapatan RM2,000.

Zakaria Abdullah, 55 , berkata, sepanjang tempoh seminggu dia mampu menjual kira-kira satu tan metrik Raja Kayu yang dipercayai mempunyai kelebihan dalam perubatan tradisional.

“Batang pokok Raja Kayu ini dijual kepada seorang pembeli di Kuantan, Pahang dengan harga RM15 sekilogram.

“Setiap kali masuk dalam hutan di sempadan negeri ini dan Terengganu, saya mampu mengumpul satu tan batang Raja Kayu,” katanya semalam.

Zakaria memberitahu, dia bersama anak dan rakan bermalam selama seminggu di dalam hutan untuk mendapatkan bahan tersebut.

Katanya, kesemua bahan mentah itu dikumpul di kawasan selamat sebelum membawanya pulang ke rumah untuk di proses.

“Antara kegunaan Raja Kayu ialah untuk membuat ubat-ubatan, sarung golok dan patung ukiran.

“Kebiasaannya saya menyewa kenderaan pacuan empat roda bagi menghantar sendiri Raja Kayu kepada pembeli di Kuantan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya