Pogba diacukan pistol oleh dua lelaki

Pogba diacukan pistol oleh dua lelaki

PAUL POGBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Abang kepada Paul Pogba, Mathias didakwa dan ditahan atas dakwaan memeras ugut bintang bola sepak Perancis itu, menurut sumber rapat dengan kes tersebut semalam.

Pogba sebelum ini mendedahkan dia telah diacukan pistol oleh dua lelaki yang menuntut bintang Juventus itu membayar 11 juta pound (RM57.21 juta).

Dakwaan tersebut dibuat tidak lama selepas Mathias ditangkap dalam siasatan berterusan atas cubaan peras ugut.

Pemain Juventus itu sedang berjalan ke sebuah apartmen di Chanteloup-en-Brie ketika kejadian berlaku.

“Saya takut. Kedua-dua lelaki itu mengacukan pistol kepada saya. Tiba-tiba, diacukan seperti ini dengan ugutan. Saya beritahu mereka bahawa saya akan bayar.

“Mereka menjerit: ‘Diam, lihat ke bawah’. Apabila lelaki bertudung itu pergi , saya diberitahu bahawa saya perlu membayar mereka, jika tidak, kami semua dalam bahaya,” katanya kepada polis, menurut Le Monde.

PAUL Pogba (kiri) bersama abangnya, Mathias.

Pogba membuat laporan polis pada Julai lalu, dan lima suspek telah ditahan dua bulan kemudian.

Mathias salah seorang daripada lima yang ditangkap atas beberapa tuduhan, termasuk peras ugut dalam kumpulan jenayah dan terbabit dengan jenayah.

Bagaimanapun, tiada andaian bahawa Mathias adalah salah seorang lelaki bersenjata.

Peguam Mathias, Yassine Bouzrou telah menafikan tuduhan itu: “Kami membantah keputusan ini dan segala-galanya akan dilakukan untuk memastikan Encik Pogba dibebaskan dengan cepat.”

Pogba kini berehat daripada sebarang pertandingan selepas menjalani pembedahan, yang menyaksikan dia mungkin tidak dapat menyertai Perancis untuk Piala Dunia akan datang.

Begitupun menurut La Parisien, sepanjang tempoh rehat, pemain berusia 29 tahun itu diletakkan di bawah perlindungan polis di Itali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya