3 lelaki ditahan bantu siasatan rusuhan di Kota Masai | The Malaysian Insight

  • 📰 msianinsight
  • ⏱ Reading Time:
  • 56 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 26%
  • Publisher: 63%

Malaysia News News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

3 lelaki ditahan bantu siasatan rusuhan di Kota Masai

POLIS menahan tiga lelaki hari ini bagi membantu siasatan kejadian rusuhan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi diterbalikkan oleh sekumpulan individu di sebuah stesen minyak di Kota Masai, di Johor Bahru malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kesemua yang berusia 17 hingga 24 tahun ditahan berasingan antara 10.45 pagi hingga 12 tengah hari tadi di Jalan Bunga Raya, Masai dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai. Beliau berkata kekecohan pada 9.40 malam itu dipercayai berpunca daripada kemalangan antara pemandu Perodua Myvi tersebut iaitu lelaki berusia 21 tahun dengan sebuah motosikal ditunggang lelaki penghantar makanan berusia 21 tahun.“Selepas kejadian , kereta mangsa telah dirosakkan dan diterbalikkan oleh sekumpulan individu tidak dikenali bagaimanapun, kita masih menyiasat punca kejadian rusuhan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta polis sedang giat mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam rusuhan itu. Terdahulu, tular beberapa rakaman video menerusi aplikasi TikTok dan Facebook memaparkan kekecohan berlaku di stesen minyak itu dan sekumpulan individu dilihat menterbalikkan Perodua Myvi tersebut. – Bernama, 4 November, 2022.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 8. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kota Tinggi dilanda banjir kilat | The Malaysian InsightIa daerah terbaharu dilanda kejadian itu selepas Segamat, menjadikan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 93 orang setakat 8 pagi ini.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Kota Tinggi hit by flash floods | The Malaysian InsightJohor has logged 93 evacuees as of 8am today.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Three detained to assist investigations after Myvi car overturned by rioting individualsHe said a commotion that started at 9.40 pm was believed to have been started after an accident involving a 21-year-old Myvi driver and a motorcycle delivery man who was also 21. theSun thesundaily Myvi riot KotaMasai PDRM accident
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »

[Watch] Angry Mob Rioted And Overturned Myvi In Johor Accident, Police Arrested 3 Suspects | TRPIt’s believed a motorcyclist ran the red light and was hit by an oncoming Perodua Myvi near a petrol station in Taman Kota Masai.
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »

Indonesian Coach Catches Flak & Apologises For Referring To Pearly-Thinaah As “Black & White”“We need to look at this issue from multiple perspectives.' Indonesian Coach Catches Flak & Apologises For Referring To Pearly-Thinaah As “Black & White”
Source: JuiceMy - 🏆 11. / 63 Read more »