3,454 anggota, pegawai PDRM bantu banjir di Selangor - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 61 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 28%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

3,454 anggota, pegawai PDRM bantu banjir di Selangor

PETALING JAYA: Seramai 23,090 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia kini dalam keadaan siap siaga bagi membantu bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri susulan hujan berpanjangan sejak semalam.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kekuatan tersebut sebagai persediaan bagi membantu kekuatan sedia ada di semua kontinjen di seluruh negara.“Ia melibatkan sebanuak 369 bot dan enjin, 36 jet ski, 347 lori dan 1,408 kenderaan pancuan empat roda serta lain-lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Acryl Sani memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 3,454 pegawai dan anggota PDRM telah siap sedia digerakkan bagi membantu kontinjen Selangor. Setakat pukul 5 petang tadi, hampir 3,000 mangsa di Klang serta daerah Kuala Langat dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara ekoran kejadian banjir disebabkan penurunan hujan yang berterusan sejak pagi semalam.

Malah, sebahagian Lebuhraya Persekutuan terutama di Batu Tiga ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ekoran limpahan air dari Sungai Damansara.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara untuk menggunakan aset dan agensi sokongan lain bagi memindahkan mangsa banjir dan memastikan bekalan makanan serta keperluan disediakan di PPS terlibat.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

2 mesyuarat Bahagian UMNO Selangor tangguh, fokus bantu mangsa banjir - Utusan Digital'Hujan lebat turun tidak berhenti dari petang hingga lewat pagi. Ditambah dengan air pasang dari sungai. Banyak kawasan dinaiki air dan dilanda banjir.'
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Polis tempatkan 7,434 anggota, pegawai di pusat mengundi | Harian MetroKuching PRNSarawak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 7,434 pegawai dan anggota di 1,866 pusat mengundi di seluruh negeri pada hari pengundian, esok.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Jumlah mangsa banjir Selangor kini 1,011 orang - Utusan Digital'Jumlah mangsa paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Telok Gong yang menempatkan seramai 681 orang.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Banjir: 17 PPS dibuka di Klang, Shah Alam - Utusan DigitalPembukaan PPS itu dibuat selepas hujan lebat sejak semalam menyebabkan kawasan kampung dan taman perumahan dinaiki air sehingga memaksa penduduk terjejas berpindah dengan bantuan pasukan penyelamat. This one kena send 'rescue team' for bantuan; I think.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Banjir: Dua jalan ditutup di Rembau - Utusan Digital'Di laluan Jalan Sawah Raja-Nerambai mula dinaiki air seawal pukul 7 pagi tadi dan sehingga pukul 9 pagi tadi kedua-dua laluan masih ditutup daripada sebarang kenderaan.'
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

2,998 mangsa banjir di Kuala Langat, Klang dipindahkan - Utusan DigitalSeramai 121 keluarga membabitkan 394 mangsa adalah di daerah Kuala Langat manakala daerah Klang melibatkan seramai 2,904 mangsa, setakat pukul 1 petang tadi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »