Hujan bukan halangan orang ramai 'serbu' hari terakhir FMJ 2022 -

Hujan bukan halangan orang ramai ‘serbu’ hari terakhir FMJ 2022

WALAUPUN cuaca hujan orang ramai tetap mengunjungi Festival Majestic Johor 2022 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri sebelum melabuhkan tirainya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Walaupun hujan sejak pagi hingga petang, namun orang ramai tetap ‘menyerbu’ Festival Majestic Johor (FMJ) 2022 sebelum  melabuhkan tirainya hari ini.

Nyata lokasi tumpuan ramai ialah pameran Kembara Mahkota Johor serta gerai-gerai daerah-daerah yang memaparkan keunikan dan produk identiti masing-masing.

Turut ‘diserbu’ gerai-gerai jualan pelbagai produk, khususnya yang menjual makanan dan minuman.

Seorang pengunjung Hazirah Mohd. Huzir, 28, yang datang bersama-sama suaminya, Zulfadli Ghazali, 28, begitu teruja menyaksikan pelbagai aktiviti dan pameran yang diadakan.

“Saya baru pertama kali datang, tak sangka walaupun hari hujan tapi sambutan begitu hebat.

“Saya berharap FMJ dapat diadakan setiap tahun kerana banyak maklumat dapat diperoleh di samping aktiviti menarik yang diadakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zulfadli turut sependapat dengan isterinya dan berharap festival berkenaan diteruskan pada tahun-tahun mendatang kerana mampu melonjakkan ekonomi serta sektor pelancongan di negeri ini.

Seorang lagi pengunjung, Nurasila Othman, 32, dari Senai yang datang kali kedua menyifatkan festival ini amat baik dan hebat dari segi penganjurannya.

Dia yang datang bersama-sama ibu dan bapanya berharap FMJ dapat diadakan setiap tahun dan menambah pelbagai lagi aktiviti.

FMJ 2022 yang berlangsung selama 11 hari anjuran kerajaan negeri menerusi Tourism Johor itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), UEM Sunrise dan Iskandar Puteri Tourism Action Council (IPTAC). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya