14 maut, 7 cedera insiden tanah runtuh di Nepal - Utusan Malaysia

14 maut, 7 cedera insiden tanah runtuh di Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan tujuh lagi cedera dalam satu kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang berlaku di barat Nepal.

Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat sedang berusaha mencari 10 lagi individu yang masih hilang di lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang terkorban dan cedera daripada serpihan lima rumah yang tertimbus di bawah lumpur di daerah Achham.

Menurut jurucakap polis, Dan Bahadur Karki, kejadian tanah runtuh itu berlaku kira-kira 450 kilometer (km) ke barat ibu kota Kathmandu.

Rakaman media tempatan menunjukkan pasukan penyelamat membersihkan lumpur dengan tangan mereka dalam operasi mencari mangsa hilang yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, mangsa yang cedera sudah dikejarkan ke hospital berdekatan.

Kejadian banjir kilat dan tanah runtuh kerap berlaku di kawasan pergunungan Nepal terutama ketika hujan monsun tahunan antara Jun dan September.

Berdasarkan data rasmi, setakat tahun ini, sekurang-kurangnya 48 orang terkorban dan 12 individu hilang di seluruh negara dalam banjir kilat dan tanah runtuh.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya