'PRU15 sedikit lagi, tidak lama lagi' - Utusan Malaysia

‘PRU15 sedikit lagi, tidak lama lagi’

ISMAIL Sabri Yaakob bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 'Bangkit Kembali' di Stadium Tititwangsa, Kuala Lumpur, hari ini. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.

Tanpa menyebut tarikh sebenar, beliau hanya memaklumkan ‘sedikit lagi, tidak lama lagi’.

“Bila tarikh tarikhnya? Saya dan Presiden akan bincang. Sikit lagi, tidak lama lagi.

“Di hadapan pemimpin BN termasuk top 5, kita kena bincang-bincang cepat setelah melihat semangat semua Pemuda BN hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Ucapan itu sekali gus menerima teriakan dan tepukan 10,380 Pemuda BN yang memenuhi dewan tersebut yang menyebut ‘bubar, bubar’ yang merujuk pembubaran Parlimen ke-14.

Namun, Ismail Sabri menjelaskan, paling penting adalah kemenangan BN pada PRU15 kerana tanpanya, parti boleh mengulangi situasi PRU14 di mana tewas di tangan parti pembangkang.

Justeru, beliau menggesa seluruh jentera BN termasuk Pemuda BN untuk mendekati pengundi muda di samping menjuarai media sosial.

“Kelemahan PRU14, kita tidak mampu menjawab tohmahan pembangkang, hari ini mereka memfitnah kita dan kerajaan, jika gagal lagi, kita terima padah dan kesannya besar. Jadi Pemuda mesti menguasai peperangan maya.

“Kita turut menyaksikan pertambahan pengundi muda. Tetapi, sejauh mana engagement kita dengan mereka? Berapa ramai kita jumpa pelajar tingkatan enam? Berapa ramai kita pelajar universiti,” soalnya.

Ismail Sabri menambah, kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif untuk golongan muda dan Pemuda BN harus menerangkan perkara itu khususnya dalam media sosial.

“Jelas di mata saya Pemuda BN telah bangkit semula. Saya percaya tiada sesiapa boleh menyekat kebangkitan Pemuda.

“Saya yakin kalau kita bersetuju untuk bubar Parlimen, kita BN Insya-Allah menang PRU15,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya