'Britain, sila minta maaf atas apa yang berlaku terhadap Orang Asli Australia'

‘Britain, sila minta maaf atas apa yang berlaku terhadap Orang Asli Australia’

NARELDA Jacobs menggesa Britain meminta maaf atas penindasan negara itu terhadap komuniti Orang Asli di Australia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Seorang pembaca berita daripada masyarakat Orang Asli di Australia menuntut Britain memohon maaf atas penjajahannya terhadap komuniti berkenaan susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Lapor Daily Mail, Narelda Jacobs yang merupakan penyampai rancangan Studio 10, meluahkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap monarki Britain.

Menurut Narelda, masyarakat Orang Asli tidak seharusnya dikritik hanya kerana mereka enggan meratapi kemangkatan Ratu Britain.

Narelda menyifatkan monarki Britain sebagai ‘simbol penjajahan’ dan mempersoal apa yang dilakukan oleh keluarga diraja semasa untuk ‘menebus perkara berkenaan’.

“Kesalahan besar sudah berlaku. Pelbagai isu berkaitan Australia diselesaikan tanpa mendapat persetujuan masyarakat Orang Asli yang berada di negara ini,” katanya.

Narelda turut menyuarakan kekecewaannya selepas mendengar kisah mendiang bapanya, Cedric Jacobs yang merupakan antara mangsa komuniti Orang Asli yang dipisahkan secara paksa dari keluarganya antara tahun 1900-an hingga 1960-an.

Katanya, bapanya yang merupakan paderi Uniting Church di Australia pernah bertemu dengan Ratu Elizabeth dan Putera Philip pada 1980-an untuk menerima perintah empayar Britain.

Pada masa itu, katanya, Cedric dalam proses merangka perjanjian antara Orang Asli Australia dan Komanwel, namun ia tidak dibangkitkan semasa pertemuannya dengan Ratu Elizabeth.

Narelda turut mempersoalkan mengapa Ratu Elizabeth tidak memberi sebarang respon mengenai perjanjian dicadangkan itu walaupun sedar mengenai `trauma dialami akibat penjajahan’.

“Ratu Elizabeth dan Putera Philip berpeluang menyuarakan pandangan baginda kepada bapa saya mengenai trauma dirasai Orang Asli akibat penjajahan British dan dasar kerajaan yang berunsurkan perkauman di Australia.

“Meskipun menyedari `monarki tidak boleh campur tangan dalam politik’, saya masih ingin melihat banyak pengiktirafan daripada keluarga diraja mengenai kesan penjajahan semasa pemerintahan Ratu Elizabeth selama 70 tahun atas takhta,” katanya.

Justeru, Narelda menuntut ‘permohonan maaf’ daripada monarki Britain.

“Ketika dunia bersatu meratapi pemergian Ratu Elizabeth, rakyat yang dijajah juga harus bersatu menangani trauma dialami mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya