Perjalanan hebat Serena Williams sudah berakhir

Perjalanan hebat Serena Williams sudah berakhir

SERENA WILLIAMS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Karier tenis menakjubkan Serena Williams telah berakhir selepas dia tewas 5-7, 7-6 (7/4), 1-6 kepada Ajla Tomljanovic pada pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.

Pemilik 23 gelaran Grand Slam itu hampir tunduk di set kedua, namun didorong oleh sorakan padu penyokong di Stadium Arthur Ashe dia berjaya memenangi aksi yang ditentukan menerusi tie-break untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Bagaimanapun, Tomljanovic menunjukkan keazaman luar biasa untuk memenangi set ketiga, sekali gus menempah melangkah ke pusingan keempat buat kali pertama dalam kariernya.

Sejurus tamat perlawanan, Williams, 41, yang sebak berkata: “Saya sudah mencuba tetapi Alja hanya bermain lebih baik sedikit. Terima kasih Ayah. Saya tahu awak sedang menonton. Terima kasih Ibu.

“Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang berada di sini yang telah berada di pihak saya selama bertahun-tahun, mungkin berdekad-dekad.

“Tetapi semuanya bermula dengan ibu bapa saya dan mereka berhak mendapat segala-galanya. Saya sangat berterima kasih untuk mereka. Ini adalah air mata gembira!

“Saya tidak akan menjadi Serena jika tidak ada Venus, jadi terima kasih Venus. Dia adalah satu-satunya sebab Serena Williams pernah wujud.

“Ini adalah perjalanan yang menyeronokkan. Ia adalah perjalanan dan perjalanan paling luar biasa yang pernah saya lalui dalam hidup saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua orang yang pernah berkata ‘pergi Serena’ dalam hidup mereka. Saya hanya begitu bersyukur kerana awak membawa saya ke sini.”

Apabila ditanya sama ada dia akan mempertimbangkan semula persaraan, Williams menjawab: “Saya tidak fikir begitu tetapi anda tidak pernah tahu. Saya tidak tahu.”

Williams meninggalkan gelanggang dengan lagu ‘Simply the best’ nyanyian Tina Turner berkumandang di stadium. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya