Husam Musa

Kerajaan Pas Kelantan tetap stabil

MOHD. Nassuruddin Daud (dua dari kiri) merasmikan Pelancaran Klinik, Hospital dan Farmasi Patuh Syariah Pertama Di Malaysia, di Kota Bharu, Kelantan semalam. -UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemerintahan Pas Kelantan tetap stabil malah tidak tergugat dengan dakwaan Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa mengatakan kerajaan gagal melaksanakan urus tadbir baik di negeri ini.

Ketua Penerangan Pas negeri,  Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, sesiapa sahaja boleh melemparkan tomahan dan tudahan termasuklah bercakap tanpa berlandaskan fakta.

Menurutnya, jika pihak berkenaan mempunyai fakta kukuh berhubung satu-satu isu mereka boleh mengemukakan perkara tersebut.

“Sebagai contoh, masalah air kita (kerajaan negeri) sudah jawab di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kenapa kita ada masalah? Sebenarnya bukan Kelantan saja ada masalah air. 

“Sepanjang Pas memerintah Kelantan, kita (kerajaan negeri) tidak menerima apa-apa peruntukan daripada kerajaan pusat untuk kita meningkatkan air di Kelantan,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Klinik, Hospital dan Farmasi Patuh Syariah Pertama Di Malaysia semalam.

Mohd. Nassuruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta memberitahu, sepanjang mentadbir negeri ini tidak ada seorang pun wakil rakyat Pas yang didakwa terbabit dengan rasuah.

Katanya, sejarah tersebut tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. 

“Orang boleh fitnah tapi tidak ada seorang pun wakil rakyat Pas yang didakwa di mahkamah yang terbabit dengan rasuah,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya