Saman Warisan terhadap ADUN Sebatik keluar parti ditolak

Saman Warisan terhadap ADUN Sebatik keluar parti ditolak

HASSAN A GANI PG AMIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi menolak saman yang difailkan Parti Warisan (Warisan) terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir yang bertindak keluar parti pada awal tahun lalu.

Saman itu dikemukakan bagi mendesak ADUN Sebatik mengosongkan kerusi DUN tersebut setelah gagal mematuhi ‘ikrar taat setia’ yang ditandatangi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020.

Hakim, Wong Siong Tung semasa membuat keputusan itu menyatakan seorang wakil rakyat boleh bertindak atas pertimbangan sendiri dan tidak seharusnya dihalang oleh parti mahupun pengundi.

Justeru, surat peletakan jawatan dan ikrar taat setia yang ditandatangani oleh ADUN Sebatik bersama parti Warisan pada PRN Sabah 2020 adalah skim yang tidak terpakai dari segi undang-undang.

“Seorang wakil rakyat yang dipilih harus bebas bertindak mengikut kemampuan terbaiknya dan tidak sepatutnya dihalang oleh undang-undang sama ada parti atau pengundi atau atas arahan sesiapa.

“Sebarang pengaturan yang membelenggu atau melucutkan kebebasan wakil rakyat yang dipilih itu adalah bertentangan dengan dasar awam dan menyalahi undang-undang,” katanya menerusi prosiding menerusi aplikasi Zoom semalam.

Siong Tung berkata, hukuman terhadap wakil rakyat yang mungkir janji politik seharuskan diserahkan kepada pengundi atau pemilih bagi mempertimbangkan untuk mengundinya atau pihak lain pada peluang (pilihan raya) berikutnya.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua selaku wakil dan peguam mewakili plaintif membayar kos RM5,000 kepada defendan iaitu Hassan.

Dalam pada itu, Loretto dalam rayuannya kekal menyatakan surat peletakan jawatan dan ikrar taat setia tanpa tarikh yang ditandatangani sebelum ini boleh dikuatkuasakan kerana Hassan telah setuju menandatanganinya.

Berdasarkan saman yang difailkan, Hassan wajib mengosongkan kerusi yang dimenangi sekiranya gagal mematuhi ikrar taat setia terhadap parti tersebut.

Bagi membidas kenyataan pihak plaintif, peguam mewakili Hassan, Tengku Datuk Fuad Ahmad berkata, apa yang dipanggil ikrar taat setia dan surat peletakan jawatan tidak bertarikh yang ditandatangani sebelum ini adalah skim yang menyalahi undang-undang.

Malah, ia bertentangan dengan hak berpersatuan seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Jelas beliau, anak guamnya bertindak keluar Warisan yang didapati gagal memenuhi atau membawa pembangunan kepada kawasan pengundinya maka, Hassan menggunakan hak perlembagaannya untuk keluar daripada parti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.