PJ Joran sempena ulang tahun MBPJ 2022 tawar hadiah RM5,000

PJ Joran sempena ulang tahun bandaraya Petaling Jaya 2022 tawar hadiah RM5,000

joran
Mohamad Azhan Md. Amir (menunjukkan ikan patin yang akan dilepaskan untuk Pertandingan Memancing Petaling Jaya Joran 2022 (PJ Joran) di Taman Tasik Bandaran, Kelana Jaya, Ahad ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertandingan Memancing Petaling Jaya Joran 2022 (PJ Joran) akan diadakan di Taman Tasik Bandaran, Kelana Jaya, Ahad ini bagi memeriahkan Sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya yang ke-16.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir, berkata, pertandingan itu adalah antara acara yang dimasukkan dalam aktiviti Bersempena Ulangtahun ke-16 Bandaraya Petaling Jaya, anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Katanya, juara akan membawa pulang RM5,000 bersama piala, naib juara (RM2,500), tempat ketiga (RM1,500), ke empat hingg lima (RM400), manakala tempat keenam hingg 10 masing-masing menerima RM200, ke-11 hingga ke-20 (RM150), ke-21 hingga ke-30 (RM70) dan ke-31 hingga ke-50, menerima RM50. Hadiah khas untuk pemenang Ikan keli turut disediakan sehingga ditempat ke lima.

“Lebih tiga3 tahun tiada pertandingan di tasik berkenaan dan acara ini adalah kesempatan terbaik buat kaki pancing bertarung melawan ikan seperti Patin, tongsan, toman, haruan, rho, kap, belida, keli dan talapia,” katanya pada majlis melepaskan ikan sempena pertandingan itu.

Beliau berkata, pertandingan itu juga sebagai platform masyarakat terutamanya penduduk sekitar Petaling Jaya dan khususnya kaki pancing dapat berkumpul di tasik ini kelak dan mensasarkan 700 peserta akan hadir.

“Hasrat MBPJ adalah untuk mempromosikan Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya sebagai satu destinasi untuk beriadah bersama keluarga selain meningkatkan sumber pelancongan dan ekonomi setempat .

“Pertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Petaling Jaya dengan aktiviti sihat,” katanya.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM40 untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dilakukan Sabtu ini, bermula pukul 3 petang hingga 10 malam dan keesokannya bermula pukul 6.30 pagi hingga waktu pertandingan.

Sebanyak 500 t-shirt akan diedarkan secara percuma kepada peserta terawal selain berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik dan peralatan memancing.

Acara pelepasan ikan sempena PJ Joran ini telah disempurnakan oleh Mohamad Azhan lalu melibatkan hampir 700 kilogram spesies patin bersaiz tiga hingga lima kilogram yang dilepaskan di dua tasik sebagai tarikan kepada para pemancing.

Untuk pertanyaan berkaitan PJ JORAN 2022 boleh hubungi urusetia di talian 013-2661077, 013-3052811 atau 012-2846811 atau layari laman sosial facebook.com/jorankl .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya