Bekalan air 47 kawasan pulih berperingkat bermula hari ini

Bekalan air 47 kawasan pulih berperingkat bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekalan air yang terjejas di 47 kawasan sekitar daerah Petaling pulih dalam tempoh 24 jam bermula pukul 7 pagi tadi apabila kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air yang dilaksanakan di Kolam Air Bukit Dengkil sudah siap, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, penduduk yang terjejas mula mendapat bekalan air secara berperingkat selepas ganggan berjadual itu berlaku sejak pukul 9 pagi, semalam.

“Terima kasih kepada pengguna kerana bersabar dan beri kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, kira-kira 200,000 penduduk dalam kawasan tersebut dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam berikutan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

Kawasan terjejas itu melibatkan sekitar Puchong, Bukit Jalil dan Glenmarie.

Air Selangor dalam kenyataan sebelum ini memberitahu, pelaksanaan kerja berkenaan sudah diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaik taraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Maklumat lanjut kawasan terlibat dan agihan air dimuatkan di aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300.- UTUSAN

 

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya