Penjual petai OKU mohon bantuan motosikal roda tiga - Utusan Malaysia

Penjual petai OKU mohon bantuan motosikal roda tiga

ABDUL Ghani Abdul Hamid yang kini kudung sebelah kaki ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Ulu Gadong, Rembau kelmarin–UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Selepas kakinya dipotong ekoran kecederaan akibat kemalangan jalan raya tiga bulan yang lalu, Abdul Ghani Abdul Hamid, 58, memohon bantuan daripada mana-mana pihak baginya mendapatkan sebuah motosikal roda tiga.

Menurutnya, dengan motosikal tersebut membolehkan dirinya untuk kembali menjual petai seperti yang dilakukannya sebelum ini bagi memperoleh pendapatan.

Katanya, dia tidak mampu untuk membeli sebuah motosikal tersebut kerana tidak mempunyai simpanan malah hanya bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

“Saya sebelum ini mengambil komisyen menjual petai dari rumah ke rumah menggunakan motosikal dan wang yang diperoleh dapat memenuhi keperluan bulanan saya iaitu bagi membeli kelengkapan diri serta makanan.

“Saya kemalangan tiga bulan lalu di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Kendong. Kemalangan menyebabkan kaki kiri saya melecet namun keadaan bertambah teruk apabila kaki saya mulai sakit dan doktor menyarankan untuk kaki kanan saya ini dipotong sehingga ke paras peha.

“Setahun sebelum ini, dua jari kaki kiri saya juga terpaksa dipotong akibat kencing manis selain tangan kiri saya yang tidak dapat berfungsi dengan baik juga akibat kemalangan,” katanya ketika ditemui di rumah kakaknya di Kampung Ulu Gadong, di sini, kelmarin.

Abdul Ghani berkata, dia sejak kecil lagi tinggal bersama kakaknya itu, Hamidah Abdul Hamid, 60, dan kakaknya itu juga tidak mempunyai pendapatan tetap.

Oleh itu, dia amat berharap agar dapat memiliki motosikal roda tiga supaya dia dapat kembali mencari rezeki dan mengurangkan bebanan kewangan mereka sekeluarga.

“Saya ada dikunjungi oleh ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Gadong serta masalah saya ini sudah dipanjangkan kepada pihak yang berkaitan.

“Sekiranya ada rezeki, dapatlah saya berniaga kembali menggunakan motosikal roda tiga yang lebih sesuai untuk saya kendalikan dengan keadaan diri saya ini,” katanya lagi. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya