Berhenti kerja, jual belut jana RM30,000 sebulan - Utusan Malaysia

Berhenti kerja, jual belut jana RM30,000 sebulan

MUHAMAD Zulkifli Yusof menunjukkan bekalan belut untuk dibekalkan kepada pelanggan di Kampung Binjai Bongkok, Marang, Terengganu. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Keputusan seorang pemandu lori berhenti kerja untuk beralih bidang sebagai pembekal belut ternyata berbaloi apabila mampu peroleh pendapatan lumayan antara RM20,000 sehingga RM30,000 sebulan.

Muhamad Zulkifli Yusof, 28, dari Kampung Binjai Bongkok di sini berkata, pada masa ini, dia memerlukan bekalan belut lebih 1.3 tan sebulan bagi menampung permintaan pelanggan yang ting­gi terutama di bandar Kuala Terengganu.

Katanya, perniagaan tersebut diusahakannya sejak dua tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

“Permintaan bekalan belut yang tinggi terutama peniaga kedai makan telah mendorong saya mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pemandu lori.

“Pada setiap minggu, saya terpaksa mendapatkan bekalan belut di beberapa negeri terma-suk Melaka, Perak dan Kelantan untuk menampung permintaan pelanggan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Zulkifli yang lebih dikenali ‘Yo Belut’ memberitahu, isterinya, Izzati Yusof, 29, turut membantu dalam perniagaan itu dengan menghantar bekalan belut kepada pelanggan di bandar Kuala Terengganu.

Tambahnya, dia juga mendapat tempahan belut dari beberapa daerah di negeri ini tetapi terpaksa ditolak kerana tidak dapat memenuhi permintaan.

“Harga belut spesies paya, sawah serta pasir dijual pada harga RM28 sekilogram, manakala belut albino pula lebih mahal boleh mencecah RM100 seekor,” jelasnya.

Katanya, bekalan belut agak terhad kerana tidak ramai yang mengusahakan ternakan belut secara komersial di negara ini.

“Sebahagian penternak belut pula didapati menternak belut secara kecil-kecilan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya