Lelaki serang kucing direman tiga hari - Utusan Malaysia

Lelaki serang kucing direman tiga hari

SUSPEK direman selama tiga hari selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani bagi membantu siasatan kes keganasan terhadap kucing di Bedong, Sabtu lalu. -UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini selepas bertindak ganas menendang dan membaling objek dipercayai batu ke arah dua ekor kucing dalam kejadian di kaki lima bangunan di Taman Semeling Maju, Bedong di sini, Sabtu lalu.

Perintah reman sehingga Khamis ini dikeluarkan oleh Majistret Noor Fazlina Musa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, pagi ini.

Suspek berusia 27 tahun yang berasal dari Kampung Pengkalan Bujang, Merbok di sini direman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi tiga minit yang memaparkan tindakan suspek melakukan keganasan terhadap dua ekor kucing jalanan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 1.09 pagi, Sabtu lalu yang mana suspek mendakwa mengalami gangguan emosi kerana tidak bekerja.

“Temu bual dengan ahli keluarga suspek pula memberitahu lelaki itu sebelum ini merupakan seorang pencinta kucing dan banyak memelihara haiwan tersebut di rumahnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, susulan kejadian itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri telah bertindak menyelamatkan kucing-kucing tersebut dan dibawa pulang untuk menerima rawatan. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya