Johor tambah sembilan laluan baharu Bas Muafakat

Johor tambah sembilan laluan baharu Bas Muafakat

MOHAMAD Fazli menjawab soalan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri bakal menambah sembilan laluan baharu melibatkan perkhidmatan bas percuma iaitu Bas Muafakat Johor (BMJ) yang melibatkan kos RM3.84 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, bagaimanapun sembilan laluan tambahan itu masih dalam proses dimuktamadkan klausa antara kerajaan negeri dan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

Menurutnya, salah satu daripada cadangan laluan itu melibatkan laluan dari Bandar Kota Tinggi ke Tanjung Sedili dengan kekerapan perjalanan empat kali sehari.

“Perkhidmatan BMJ telah dilaksanakan bermula 2016 yang bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat dan memberi kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di laluan sosial yang telah dikenal pasti,” katanya semasa menjawab soalan Muszaide Makmor (BN-Sedili) tentang inisiatif kerajaan negeri untuk memberi kemudahan pengangkutan awam kepada rakyat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar memaklumkan, sebanyak 55,203 ekor anjing liar telah ditangkap dalam pelbagai operasi yang  dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) ataupun kontraktor yang dilantik sejak 2017 hingga Mei 2022.

Menurutnya, antara daerah yang banyak merekodkan tindakan adalah Kulai dengan 1,395 ekor, Johor Bahru (1,214), Pasir Gudang (951) dan Kota Tinggi (472).

Antara inisiatif yang dilaksana PBT untuk menyelesaikan isu berkenaan termasuk penangkapan anjing liar dan program kembiri.

“PBT turut menggalakkan proses pengembirian anjing oleh pemilik dengan memberi nilai kadar lesen sebanyak RM10 hingga RM40 berbanding RM30 hingga RM60 bagi anjing yang tidak dikembiri. 

“Kadar lesen yang berbeza jelas menunjukkan bahawa langkah PBT dalam menggalakkan kembiri bagi mengawal populasi anjing liar di kawasan kediaman,” katanya menjawab soalan Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup).

Dalam pada itu, Jabatan Perhilitan Johor telah menyelesaikan 27,390 konflik melibatkan manusia dan kera yang dilaporkan berlaku di seluruh negeri dalam tempoh lima tahun lalu.

“Tiada tindakan spesifik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan konflik manusia-hidupan liar, namun tindakan paling berkesan yang digunakan oleh jabatan ialah pemasangan perangkap kera,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya