Sanusi perlu mohon maaf, tuduhan berniat jahat - Utusan Malaysia

Sanusi perlu mohon maaf, tuduhan berniat jahat

MOHD. ZAIDY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor digesa membuat permohonan maaf kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) susulan kenyataannya bahawa pemimpin UMNO yang meminta diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) awal adalah kerana takut dipenjarakan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir menegaskan, kenyataan Muhamad Sanusi itu merupakan tuduhan berniat jahat dan melampau dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang menjadi pemimpin negeri hasil ihsan sokongan UMNO dan BN.

“Sebagai pemimpin kerajaan negeri, beliau seharusnya tahu bahawa institusi kehakiman tiada kaitan dengan badan eksekutif serta legislatif yang mempunyai pengasingan kuasa masing-masing dan perkara ini harus dihormati oleh semua pihak.

“Untuk itu, bagi menghormati persahabatan di antara parti di dalam Muafakat Nasional (MN), eloklah jika Muhammad Sanusi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ahli UMNO dan BN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Mohd. Zaidy lagi, pihaknya boleh menerima perbezaan pandangan dan pendapat secara matang namun bersifat biadab serta menabur tuduhan tidak berasas adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Janganlah menjadi gunting dalam lipatan yang menjadi punca kepada perpecahan di dalam MN yang asasnya adalah untuk menyatukan perpaduan politik dalam kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini.

“Terlajak perahu boleh diundur tetapi, jika terlajak kata, buruk padahnya. Maka kami desak, mohon maaflah kepada pemimpin kami,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya