Geming Jiwa pertaruhan pertama Aufahanie - Utusan Malaysia

Geming Jiwa pertaruhan pertama Aufahanie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Hampir dua tahun menunggu, penyanyi baru, Aufahanie kini mampu menarik nafas lega apabila single pertamanya, Geming Jiwa akhirnya diterbitkan oleh Radius One.

Kata penyanyi berusia 19 tahun ini, meksi lambat disebabkan beberapa kekangan sebelum ini, dia bagaimanapun gembira diberi peluang untuk merakamkan lagu sendiri.

“Sebenarnya sejak dahulu lagi saya memang mahu melancarkan lagu sendiri tetapi disebabkan masih bersekolah ketika itu, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan.

“Hanya sekarang barulah saya ada masa untuk merakamkan lagu dan merasakan ini masa yang sesuai untuk memperkenalkan diri kepada semua,” katanya.

Menariknya, Geming Jiwa yang juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Amylea Azizan menjadi batu loncatan kepada gadis ini untuk menerobos industri seni.

Lagu yang dijadikan runut bunyi untuk drama Dendam Seorang Isteri yang sedang ditayangkan di saluran Astro Prima ini juga mendapat sambutan hangat daripada peminat.

“Memang ini merupakan kerjasama perdana saya dengan Amylea yang cukup berpengalaman dalam bidang penciptaan.

“Apabila dia menawarkan lagu untuk dinyanyikan, saya tidak menolak. Bagi saya ini merupakan peluang yang tak harus dilepaskan apatah lagi ia menjadi salah satu runut bunyi drama ini,” kata anak kelahiran Shah Alam, Selangor ini lagi.

Bercerita mengenai proses rakaman pula, Aufahanie gembira apabila semua proses berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Jelasnya, Amylea banyak membantu semasa proses rakaman berlangsung dan dia juga gembira apabila dapat menjayakan rakaman video muzik yang dirakamkan bulan lalu.

“Memang ini merupakan peluang yang baik untuk orang baharu seperti saya. Amylea juga merupakan antara komposer kegemaran saya sejak dahulu lagi.

“Sepanjang proses berlangsung, dia memberikan tunjuk ajar apa yang patut dilakukan dan apa yang perlu dielakkan. Setidaknya banyak ilmu baru yang saya pelajari,”katanya.

Mengimbas kembali perjalanan seni penyanyi ini, bakat anak ke enam daripada tujuh beradik itu mula disedari umum apabila dia menyertai pertandingan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) musim ketiga.

Dia juga pernah menjadi penyanyi jemputan (featuring) menerusi lagu Mungkir nyanyian Syahmi Irfan selain menyertai pertandingan Vokal Mania 2020.

Tambahnya lagi, dia berharap lagu ini akan diterima baik oleh pendengar seterusnya menaikkan namanya sebagai antara pelapis baharu industri seni tanah air.

Lagu ini yang diedarkan oleh Indigital Music ini sudah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital pada 3 Jun dan lirik video pula boleh ditonton menerusi YouTube Indigital Music mulai pukul 3 petang.

Layari https://www.youtube.com/watch?v=m3AbNQ6hcwY untuk menonton video muzik ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya