Penduduk Medan suka makan daging anjing, 150 ekor dibunuh setiap hari

Penduduk Medan suka makan daging anjing, 150 ekor dibunuh setiap hari

PASAR Tomohon di Sulawesi Selatan terkenal dengan jualan daging haiwan eksotik termasuk anjing.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Data yang dikumpulkan oleh Toba Animal Friends mendapati sebanyak 150 anjing dibunuh bagi mendapatkan dagingnya setiap hari.

Pengasasnya, Anita Panggabean berkata, jumlah individu yang memakan daging anjing di bandar ini adalah sangat tinggi, lapor Tribunnews. 

Sedangkan, katanya, anjing adalah haiwan peliharaan dan bukan haiwan santapan.

Melihatkan permasalahan tersebut, Anita berkata, sudah tiba masanya peraturan khusus dibuat bagi mengatasi masalah penjualan daging anjing.

“Menilai tindakan kerajaan Kota Medan mengeluarkan Pekeliling Bilangan 440/4676 pada 22 April lalu, larangan pengkomersilan daging anjing adalah amat wajar.

“Namun, peraturan itu perlu dilaksanakan. Ini kerana, peraturan sama sudah ada sejak 2018, tetapi hanya muncul tanpa sebarang tindakan sebenar,” katanya.

Anita berkata, pihaknya mengalu-alukan usaha tersebut kerana sudah berusaha berjumpa dengan Datuk Bandar Medan dan Gabenor bagi membincangkan larangan pengambilan daging anjing.

Jelasnya, Perkhidmatan Keselamatan Makanan yang dikeluarkan oleh Bandaraya Medan melibatkan lima perkara, antaranya adalah larangan melakukan kegiatan jual beli daging anjing secara komersial.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Keselamatan Makanan Kota Medan, Emilia Lubis berkata, larangan pengkormesilan daging anjing adalah bagi melindungi orang ramai bagi mengelakkan penyakit zoonosis berjangkit kepada manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya