13 pusat tahfiz, pondok belum berdaftar dengan JAIM

13 pusat tahfiz, pondok belum berdaftar dengan JAIM

SULAIMAN Md. Ali ditemani Rahmad Mariman (kanan) melakukan pecah tanah projek membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz al-Quran Chenderah, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Pusat tahfiz dan sekolah pondok Islam swasta di negeri ini yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diminta membuat pendaftaran segera bagi membolehkan sebarang bentuk bantuan disalurkan kepada mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, sehingga kini sebanyak 13 daripada 86 institusi pengajian itu belum membuat pendaftaran, walaupun diminta berbuat demikian.

Katanya, apabila institusi berkenaan berdaftar dengan JAIM, adalah mudah sebarang bentuk bantuan dapat disalurkan sekiranya berlaku sebarang musibah.

“Bila mereka ini tidak berdaftar susah bagi kerajaan negeri hendak membantu jika berlaku musibah sebab kita tidak tahu pusat itu di mana, berapa tenaga pengajarnya dan pelajar. 

“Sebaliknya, bila didaftarkan adalah mudah sebarang bentuk bantuan dapat disalurkan. Kerajaan negeri bukan hendak cari salah dengan pusat tersebut sebaliknya kita hendak membantu apa sahaja yang termampu.

“Setakat ini, saya puas hati kerana hanya 13 daripada 86 pusat tahfiz dan sekolah pondok Islam masih belum berdaftar dan kita akan mempermudahkan urusan pendaftaran dengan bantuan JAIM,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Membina dan Menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz al-Quran Chenderah, Jasin dekat sini.

JAIM meletakkan kesemua pusat tahfiz (82), sekolah pondok Islam (17), sekolah rendah Islam swasta (11) dan sekolah menengah swasta (5) di bawah institut pendidikan Islam (IPIS) yang keseluruhannya berjumlah 115 buah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya