Tak suka gimik, cukup orang suka suara - Shaa

Tak suka gimik, cukup orang suka suara – Shaa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Shaa mengakui tidak gemar dengan strategi pemasaran konsep gimik atau pun tular.

Kata Shaa atau nama penuhnya Juzratul Nisha Johari, 27, sebaik-baiknya dia dihargai dan dikenali dengan cara bersih.

“Saya tak suka gimik atau tular semata-mata untuk menaikkan nama walaupun ada segelintir yang mengambil pendekatan sebegitu. Sebab saya lebih suka dengan cara orang menyukai lagu bukan dengan gimik atau perkara-perkara sebegitu.

“Cukuplah orang lebih sukakan suara dan lagu saya. Kalau dengan cara itu, nama akan naik dengan lebih elok. Maksudnya saya lebih sukakan cara promosi tersendiri. Cuma tidak menggunakan gimik atau video tular. Pendek kata, biarlah orang mengenali saya dengan suara dan bakat sendiri.

“Bagi lagu Tersentak Di Dada ini, mungkin kita dapat gunakan sebaiknya media sosial seperti TikTok dan Facebook untuk mempopularkan lagu ini. Malah, sebelum ini, rakaman secara live lagu Pertama Kali yang dimuat naik ke TikTok berjaya mempopularkan semula lagu ini,” katanya.

Tampil dengan single terbaharu berjudul Tersentak Di Dada, rakaman semula daripada lagu asal Iban, Sarawak berjudul Tegepang Ba Dada, kongsi anak jati kelahiran Kuala Kedah, Kedah, penyanyi tidak dapat lari dari perbandingan yang pasti dibuat peminat antara versi baru dan versi asal.

“Sudah pasti perbandingan akan dibuat pendengar antara versi baru dan versi asal lagu ini. Juga antara saya dan penyanyi asal, Karen Libau. Itu menjadi kebiasaan.

“Bagi saya, versi baru dan versi asal lagu ini mempunyai kekuatan masing-masing. Pendengar boleh menilaikannya sendiri. Versi baru lagu ini bukan sahaja berbeza dari segi bahasa tapi juga dari segi susunan muzik yang memberikannya suntikan nafas yang baru.

“Bagi saya, versi baru dan asal lagu ini mampu saling membantu untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada sebuah lagu yang sememangnya mempunyai melodi yang cukup baik,” katanya.

Untuk rekod, lagu itu merupakan hasil ciptaan Matthius Mambang dan Jesley Jabu serta lirik oleh Matthius Mambang

Untuk rekod, Shaa pernah mencipta fenomena menerusi single sulung beliau berjudul Pertama Kali yang dikeluarkan pada tahun 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya