9 orang termasuk remaja 14 tahun ditahan tunjuk aksi berbahaya 

9 orang termasuk remaja 14 tahun ditahan tunjuk aksi berbahaya 

ANTARA aksi berbahaya dilakukan penunggang motosikal di sekitar ibu negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan sembilan penunggang motosikal termasuk remaja berusia 14 tahun kerana melakukan aksi berbahaya di beberapa lokasi sekitar ibu negara, awal pagi ini.

Operasi Bersepadu, Op Samseng Jalanan, Op Had Laju, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan serta Op Mabuk itu dijalankan  Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching serta Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bermula Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Zulkafli Chek Lah berkata, pihanya turut menahan 12 individu kerana memandu kenderaan bawah pengaruh alkohol.

“Sembilan penunggang motosikal berusia 14 hingga 21 tahun yang melakukan aksi berbahaya itu kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, seramai 12 individu berusia antara 23 tahun hingga 59 tahun yang memandu kenderaan bawah pengaruh alkohol pula ditahan mengikut Seksyen 45(A) APJ 1987.

Ujarnya,  seorang lelaki berusia 20 tahun turut ditahan memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

“JSPT Kuala Lumpur terus mempertingkat operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat, boleh menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT), Jalan Tun HS Lee, melalui talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur (03-20260267/69) atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya