Bom lama ditemukan dalam longkang di Kepong - Utusan Malaysia

Bom lama ditemukan dalam longkang di Kepong

BOM jenis mortar ditemukan dalam longkang di Kepong, Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebutir bom lama ditemukan di tepi jalan Taman Pusat Kepong dekat sini, tengah hari tadi.

Bom jenis mortar berwarna putih dipercayai digunakan dalam latihan ketenteraan ditemukan ketika pekerja kontrak menjalankan kerja-kerja pembinaan dalam longkang di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bom tersebut tidak lagi aktif serta berbahaya.

“Pegawai Unit Pemusnah Bom mengesahkan objek tersebut adalah sebutir bom mortar 40 MM berwarna putih yang kebiasaannya digunakan dalam latihan ketenteraan.

“Bom tersebut kemudiannya dibawa ke Cawangan Persenjataan IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru pihak polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran orang awam.

Orang ramai juga dinasihati untuk segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 sekiranya menjumpai sebarang objek yang mencurigakan dan tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengelakkkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya