8 peserta kempen Gong Xi Ang Pow 2022 raih hadiah RM100,000

8 peserta kempen Gong Xi Ang Pow 2022 raih hadiah RM100,000

PTPTN meraikan pemenang Kempen Gong Xi Ang Pow 2022 dan Kempen myPTPTN Klik-klik je! di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur sempena Majlis Mesra Bersama Pelanggan pada hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai lapan peserta kempen Gong Xi Ang Pow memenangi hadiah keseluruhan hampir RM100,000 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kempen simbolik tersebut diadakan bagi tujuan meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina agar kasih sayang sama-sama dirasai oleh masyarakat Malayasia yang berbilang bangsa.

Menurut beliau, hadiah tersebut terdiri dengan TV Pintar 4K 50” untuk pemenang tempat pertama, diikuti hadiah berupa periuk tekanan tinggi bagi pemenang tempat kedua dan sebuah basikal lipat bagi pemenang tempat ketiga, manakala lima pemenang lain menerima ang pow bernilai RM388 setiap seorang.

“Turut diraikan pada majlis tersebut adalah pemenang Kempen myPTPTN Klikklik je! Yang menawarkan hadiah keseluruhan yang sangat lumayan berupa wang tunai berjumlah RM250,000.

“Hadiah ini disediakan untuk 25 pemenang sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN untuk menggalakkan pelanggan memuat turun dan menggunakan aplikasi mudah alih myPTPTN. Kempen yang bermula pada 29 Mac 2022 dan akan berakhir pada 15 Jun 2022.

“Oleh yang demikian, pelanggan PTPTN masih lagi berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan sebelum tarikh tamat tempoh promosi,” katanya dalam satu kenyataan.
Program yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sempena majlis mesra bersama pelanggan itu dihadiri oleh ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ahli-ahli Lembaga Pengurusan PTPTN dan Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Sementara itu, Wan Saiful turut mengucapkan kata tahniah kepada pemenang-pemenang dan berharap hadiah dimenangi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pemenang untuk keluarga dan masa hadapan anak-anak.

“Saya mewakili barisan Ahli Lembaga Pengurusan dan Pengurusan PTPTN mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang Kempen Gong Xi Ang Pow 2022 dan Kempen myPTPTN Klikklik je!. Saya berharap hadiah yang dimenangi ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pemenang untuk keluarga dan masa hadapan anak-anak. Semoga dengan kemenangan ini menyuntik semangat dan motivasi kepada orang ramai untuk terus menabung dalam Simpan SSPN.

“Simpan SSPN telah berjaya mengekalkan portfolio cemerlang bermula tahun 2018. Jumlah keseluruhan deposit Simpan SSPN terkumpul sehingga 30 April 2022 ialah RM12.05 billion. Secara keseluruhan, sehingga 30 April 2022 sebanyak 5.36 juta akaun Simpan

SSPN telah dibuka sejak instrumen simpanan ini diperkenalkan pada tahun 2004.

“Saya juga sering memberi penekanan kepada masyarakat dalam usaha menanam budaya menabung seawal usia apabila saya mula menjadi Pengerusi PTPTN. Saya gembira kerana visi saya berjaya diterjemahkan oleh para pegawai PTPTN melalui kutipan deposit

Simpan SSPN yang sudah empat tahun berturutturut mencatatkan peningkatan yang amat signifikan,” ulasnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya