‘Kawal’ Liga Malaysia: TMJ cabar Sanusi buat pendedahan terperinci

‘Kawal’ Liga Malaysia: TMJ cabar Sanusi buat pendedahan terperinci

TANGKAP layar ciapan Tunku Mahkota Johor mengenai dakwaan Muhammad Sanusi Md. Noor di Twitter baginda, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mẹmbuat pendedahan secara terperinci dakwaan yang dilakukan mengenai individu tertentu ‘mengawal’ Liga Malaysia. 

Pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memuat naik satu kenyataan mendesak Menteri Besar Kedah itu menerusi ciapan di Twitter baginda, hari ini. 

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

Tunku Mahkota Johor turut mendesak Muhammad Sanusi menceritakan segala-galanya dan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya.

“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segalanya, ini cakap main sembuh badut McDonald pun boleh.

“Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam, terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Sikap tipikal ahli politik,” kata Tunku Ismail menerusi ciapan tersebut.

Terdahulu, Muhammad Sanusi tampil mẹmbuat kenyataan ‘panas’ mendakwa terdapat individu yang mahu pihak tertentu mengikut telunjuknya.

Malah, katanya, individu terbabit lebih dahsyat apabila sanggup memberi bonus kepada mana-mana pasukan yang berjaya menewaskan Kedah dalam saingan Liga Malaysia. 

“Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu, kawan (ada pihak) nak pergi latihan sana, kena tanya dia dahulu. Lepas itu dia pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah. Saya tahu semua itu, dia ingat orang tak tahu, jangan bagi saya cerita semuanya,” katanya. 

MUHAMAD SANUSI MD NOR

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mengeluarkan satu kenyataan bahawa sukan bola sepak untuk semua dan bukannya individu tertentu sehinggakan ada yang perlu menyembah ‘tokong’.

Beliau mendakwa semua mata kini tertumpu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan terdapat beberapa kejadian yang didakwa sangat pelik pernah berlaku dalam arena bola sepak tanah air.


SYAFIQ AHMAD

Pergeseran antara Muhammad Sanusi dan Tunku Ismail dilihat menjadi punca Johor Darul Ta’zim (JDT) memanggil semula Syafiq Ahmad untuk kembali ke pangkuan pasukan dari Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ini kerana tempoh pinjaman Syafiq kepada Lang Merah belum genap setahun seperti yang dipersetujui sebelum ini, dan dia baru beraksi dalam sembilan perlawanan sahaja. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya