Kemas belum terima laporan HFMD di taska, tabika

Kemas belum terima laporan HFMD di taska, tabika

MOHAMAD Yasid Bidin menyerahkan sijil penyertaan serta sumbangan bantuan perniagaan sempena Majlis Penutupan Program Asnaf Berdikari Tahun 2022 di Pusat Kegiatan Masyarakat (Kemas) Paya Keladi di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. - FOTO/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) belum menerima sebarang laporan berhubung penularan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di mana-mana tabika atau taska milik mereka setakat ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, langkah-langkah pencegahan awal turut diambil pihaknya  bagi mengelakkan penularan tersebut daripada berlaku.

“Kita akan pastikan setiap taska dan tabika mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan seperti membasuh tangan setiap masa serta menjaga kebersihan persekitaran dan sebagainya.

“Pihak Kemas juga ada bekerjasama dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan wakil mereka ada mengunjungi beberapa taska dan tabika sekurang-kurangnya sekali bagi setiap bulan untuk tujuan pemantauan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Usahawan Asnaf Berdikari 2022 di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas, Jalan Paya Keladi, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 10 asnaf menerima bantuan berupa pelbagai barangan dan peralatan berkaitan perniagaan masing-masing.

Mengulas lanjut katanya, berdasarkan maklumat semasa khususnya di Pulau Pinang, hanya seorang murid tabika Kemas di Tasek Gelugor dijangkiti HFMD.

Bagaimanapun katanya, ibu bapa kepada kanak-kanak itu turut mengambil pendekatan awal apabila tidak membenarkan anak jagaan mereka ke situ.

“Terdapat kira-kira 10,830 tabika dan 545 taska milik Kemas yang membabitkan keseluruhan 220,000 murid di seluruh negara ketika ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain Mohamad Yasid berkata, Kemas memperuntukkan sehingga RM500,000 bagi melaksanakan program Asnaf Berdikari tahun ini dan pada masa sama, pihaknya turut meletakkan sasaran untuk melahirkan sehingga 140 usahawan asnaf tahun ini.

“Tahun lepas, kita berjaya latih kira-kira 50 orang asnaf dan ada sebahagian daripada mereka yang telah berjaya ketika ini. Kita tidak letak sasaran besar pun untuk setiap peserta ini. Memadailah jika mereka berjaya memperolehi hasil jualan sekurang-kurangnya antara RM100 hingga RM200 sehari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya